Share

Dressing Paula antara butik kegemaran saya kerana bukan setakat rekaannya yang trendi tetapi harganya juga berpatutan serendah RM59.90 ke RM189.90. Saya bukannya pentingkan jenama besar atau kecil tetapi penjimatan. Paling seronok saya dengar, butik Dressing Paula kini dibuka di Mid Valley. Memang destinasi membeli-belah sering dikunjungi saya bersama teman-teman. 

dressingpaula SpringSummer 2015 (2)

Dressing Paula melancarkan cawangan barunya di tingkat 1 (Lot F-047) Mid Valley Megamall. Seiring dengan itu koleksi Musim Bunga/Panas 2015 turut dilancarkan. Kedai baru ini merangkumi kawasan permukaan sebanyak kira-kira 1,100 kaki persegi yang didedikasikan khas untuk koleksi sedia pakai dan aksesori wanita.

dressingpaula SpringSummer 2015 Fashion Showcase

“Pembukaan kedai dan pelancaran koleksi Musim Bunga/ Panas 2015 ini adalah satu kebetulan yang sempurna. Apa cara yang lebih baik untuk memeriahkan suasana pembukaan kedai daripada dengan pameran koleksi! Kami berasa amat teruja  dan gembira dengan pembukaan kedai di lokasi utama seperti Mid Valley Megamall. Kami yakin bahawa pembukaan kedai di sini akan mendorong jenama  dressingpaula ke barisan hadapan dalam arena fesyen di Lembah Klang,” ujar Ketua Bahagian Merchandise, Kay Chow, yang turut merasmikan acara itu.

dressingpaula’s management team, Rennie Lee, Head of Operations & Leasing for Mid Valley City and models at dressingpaula store in Mid Valley City

Koleksi musim Bunga/ Panas 2015 ini bermula dari harga RM59.90 ke RM189.90. Pengunjung yang datang ke kedai yang baru dilancarkan pada hari pembukaan dapat menikmati diskaun 20% dan juga barangan terpilih pada harga istimewa.