Masih berkisar Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia di Sarawak. Selesai sarapan dan daftar keluar, kami bersedia untuk singgah ke dua perusahaan kuih tempatan Sarawak.
Sebelum itu kami singgah dahulu di Pasar Lama Mukah kerana saya memburu beberapa keperluan. Sebelum ini saya mengisi bagasi sehingga berlebihan. Entah mengapa trip Sarawak ini, kononnya mahu light travel lalu saya kurang satu persalinan.
Di Pasar Lama Mukah ada jualan gerai beberapa gerai pakaian, beg dan aksesori namun terhad. Saya menemui legging hitam kualiti material bagus dengan harga RM14 dan RM16 sahaja. Hargan yang sangat berpatutan dengan kualiti sebaik itu. Kuih kering dijual di sini satu paket cuma RM1 sahaja. Apa lagi saya boronglah.
Destinasi pertama kami di Kg Tutus Hilir melihat sendiri cara membuat Tebaloi. Selepas diuli nipis, kuih ini dibakar. Tebaloi juga kini dalam pelbagai perisa, ada perisa asli, milo, strawberi dan sebagainya.
Kemudian kami ke Kg Telian melihat demo membuat Kueh Sepit. Bahan-bahan untuk membuat Kueh Sepit adalah—Gula sekilo, Lapan biji telur, gandum sekilo, tepung sagu sekilo, santan dan manisan.
Kemudian adunan dibakar dalam acuan nipis, digulung dan dipotong pendek. Rasa lebih enak dimakan secara panas. Namun pabila sejuk, ianya sangat rangup.
Selesai dua lawatan itu, kami dibawa makan tengah hari. Selepas itu kami bertolak ke Bintulu. Perjalanan ini juga mengambil masa tiga jam. Lega sebaik sahaja tiba di hotel Parkcity Everly.
COMMENTS ARE CLOSED