Mungkin sudah bosan menjalani percutian normal gaya mewah atau hanya berkunjung ke kota dengan aktiviti shopping. Ada ketika kamu mahu menguji diri sendiri. Melawan ketakutan yang selama ini memakan diri. Saya bangga berjaya mengikuti semua aktiviti lasak yang dilakukan di Perak Darul Ridzuan ini. Jom, ikuti saya mulakan perjalanan mencabar ini…
Saya beberapa kali ke Perak terutama kunjungan hujung minggu—Konon weekend getaway bersama teman-teman. Kami bermula sabtu menaiki kenderaan dan pulang esok hari. Saya suka menetap di Sekeping Kong Heng dan sekadar bersiar-siar di kota Ipoh. Itu perjalanan singkat saya di Ipoh, Perak. Ada juga pernah mengikut Gaya Travel tetapi rantaian aktiviti hanya disekitar kota.
Melihat jadual kali ini, saya nekad mahu melakukan semua aktiviti. Walaupun kurang percaya dengan diri sendiri tetapi saya mahu mencuba. Melihat rakan-rakan semua berkobar-kobar, saya ikut jadi semangat. Perak adalah negara kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang. Semestinya alam semula jadi di Perak sangat menakjubkan.
Kuala Kangsar
Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur dan destinasi pertama kami adalah ke Bandar Diraja, Kuala Kangsar. Namanya bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Apapun, kami singgah lebih kurang dua jam di Galeri Sultan Azlan Shah.
Melihat peninggalan dipamerkan, hati terkesan kerana Baginda adalah Sultan paling dekat di jiwa rakyat. Kami diberi penerang jelas mengenai barangan yang ada termasuk kisah Keris Taming Sari. Setiap hari di buka, galeri ini boleh dikunjungi 10 pagi hingga 5 petang (Jumaat 10 pagi – 12.15 tengah hari dan 2.40 petang – 5 petang).
BAYARAN MASUK
Dewasa: RM4
Warga Emas: RM2
PELAJAR
ITPA, Sek. Menengah: RM2
Sek. Rendah: RM1
Royal Belum
Hari pertama berlabuh di Belum Rainforest Resort. Sempat petang itu saya bersiar-siar melihat sekeliling resort. Bermain pool di bar sambil melihat rakan-rakan mandi kolam dan ada yang sangat leka bergambar. Sebelum pulang ke kamar, sempat saya melihat matahari terbenam di roof top. Usai makan malam saya langsung tidur dan bersedia memulakan hari esok meneroka Royal Belum.
Pagi nan indah di resort, kami makan pagi sambil menunggu waktu menaiki bot untuk menjelajah Royal Belum. Setengah jam juga kami di atas bot dan singgah ke Sg. Tiang menunggu cuaca lebih tenang. Kemudian perjalanan bersambung lagi. Agak mendebarkan saya, bukan apa, penakut pacat. Harap-harap cuaca musim panas ini, pacat pun takut hendak keluar.
Aktiviti pertama kami, Jungle Trekking di hutan Belum, mendaki bukit sehingga bertemu air terjun. Pergi balik tak seekor pun pacat menjelma. Syukur! haha… Mencabar juga mendaki dan ini pengalaman pertama. Sebelum ini kalau ada assignment masuk hutan memang saya tolak pada rakan sekerja lain. Cabaran pertama berjaya saya lakukan. Setelah itu kami singgah di Kampung Aman Damai menziarahi orang asli dari suku Jahai.
Destinasi akhir kami di satu lagi air terjun Santuari Ikan Sungai Ruok. Percubaan masuk air gagal kerana ikan-ikan yang ada membuatkan rasa agak geli. Kami berkelah dan makan tengah hari di tepi air terjun. Pulang keletihan tetapi kami berkemas untuk ke Ipoh kerana esoknya ada dua lagi cabaran mahu ditempuh.
Ipoh
Tiba di Cititel Express Ipoh, kami disambut meriah dan dibawa minum petang sambil diperkenalkan dengan hotel baharu itu. Tiba sahaja di sini, semua kemaruk wifi yang semalaman sukar kami dapati. Maklumlah, masuk hutan. Tengok muka videographer saya, Sky dan Syameer merengek semalam pun pening—Katanya mereka ‘city boy’ tak biasa tak ada wifi… hmm… haha
Cititel Express Ipoh kebetulan mementingkan kemudahan wifi dan hiburan dengan menyediakan banyak filem untuk tontonan. Kamarnya cukup ringkas tetapi selesa dan kami berkongsi minuman panas dan sejuk serta iron pakaian di luar. Mujur depan pintu kamar saya sahaja, mudah. Selain itu hotel ini juga menyediakan kemudahan shuttle van untuk kemudahan pelanggan bersiar-siar ke destinasi menarik di Ipoh mengikut jadual dan giliran ditentukan.
Makan malam ringkas sahaja kami di bawa ke Ipoh Food Truck di Greentown Business Centre. Terdapat banyak sajian barat dan lebih moden. Rasa-rasanya anak-anak hipster sukalah. Yang kurang hipster pun apa salahnya mahu menikmati sajian lebih ringkas.
Hari terakhir kami dibawa ke Pelancaran Tahun Melawat Perak 2017 dengan tema World of Wonders. Acara dilancarkan Menteri Besar Perak Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry. Acara makan tengah hari sempat kami pihak media bergambar dengan Menteri Besar. Sebelum pulang kami singgah di Funtasy House Trick Art untuk bergambar seronok-seronok. Rasa-rasanya bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa pun ikut teruja. Seronok Sky dapat pakai topeng Batman. #batmanmiang
Gopeng
Apa berlaku di sini? Hari ketiga kami dibawa ke Gopeng untuk meneroka Gua Kandu dan kemudiannya melakukan White Water Rafting. Kami caving terlebih dahulu dan saya cuba mengatasi ketakutan dengan menjadi orang pertama melakukan semua. Berpeluh-pelum macam selepas buat yoga. Bukan sekadar caving, ada beberapa cara untuk turun sampai ke bawah. Kena flying fox terlebih dahulu dan walaupun singkat sahaja tetapi tetap mencabarlah sebab ini kali pertama buat. Ada video ya… Bukti! 😛 #lagu sekadar latar hiasan.
Setelah berehat makan tengah hari, kami mula diberi taklimat untuk babak seterusnya, White Water Rafting. Saat ini saya hampir cemas dan ingin mengundurkan diri. Tetapi saya berani-beranikan diri. Satu insiden paling lucu, saya lemas di air cetek. Kerana cemas tadi saya melonggarkan baju keselamatan dan sudahnya menyukarkan mereka menarik saya.
Namun sokongan teman-teman saya berjaya juga melakukan White Water Rafting dan mempelajari teknik-teknik seperti jump-jump, bum-bum, left over right dan sebaliknya.serta banyak lagi. Air yang agak cetek memang memenatkan kami. Saya berkayuh dengan Ayu, Sham dan Edgar manakala lagu tema kami — Malaysia, Truly Asia. Balik untuk dinner dengan muka lemau walaupun kami berpakaian tradisional.
Apa menarik di Gopeng juga kami singgah ke Gopeng Guesthouse & Cafe untuk menikmati sajian enak. Nasi ayam dia paling sedap, okay. Setelah itu kami pulang ke Kuala Lumpur. Berakhirlah percutian kami di Perak. Ohya, terima kasih Gaya Travel kerana memberi anugerah Overall Most Update Social Media. Yay!