Ternyata sepasang kaki juga perlu diberi perhatian kerana tanpanya pincanglah langkahmu. Salah memilih sepatu juga menjadikan bentuk kakimu kesakitan. Bentuk kaki juga mampu berubah akibat sering memakai sepasang kasut yang tidak sesuai dengan kaki. Lalu gabungan dibuat di antara kemudahan ortotik dan pedortik klinik MyORTHO dan juga kelengkapan produk kasut dari Dr. Kong.
Kumpulan Syarikat MyORTHO telah menubuhkan MyORTHO Care Concept Store di seluruh Malaysia untuk memberi perhatian khusus terhadap rawatan kaki dan pedortik komprehensif. MyORTHO Care di Mediplex, Pusat Perubatan Subang Jaya atau SJMC adalah pusat ortotik untuk menempatkan mereka yang mengalami masalah kaki biasa sehinggalah yang perlu diberi perhatian khusus.
Penilaian asas dilakukan untuk tempahan pelapik kasut rekaan khas, kasut ortopedik dan sandal dari Dr. Kong, Schein, Aerex. Majlis turut diserikan pelakon cantik Vanida Imran dan penyanyi Raja Atilia. Semua tetamu dapat menjalani pemeriksaan kaki secara percuma.
“Kami sudah terlalih dalam pelbagai aspek terapi ortotik termasuk pemeriksaan biomekanikal dan analisis gaya berjalan sebagai perskripsi,” ujar Dato’ Dr Edmund Lee, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyORTHO.
Sangat penting pelapik kaki direka bagi menyelaraskan kaki dan buku lali pada kedudukan tepat mengikut sistem anatomi. Pelapik ini mengurangkan tekanan dan menegangkan tubuh dengan mengembalikan posisi kaki di kedudukan betul.












COMMENTS ARE CLOSED