Sebelum menerima undangan, saya dan rakan membeli Magnum selepas membeli-belah di pasaraya. Saya memilih Magnum Pink, teman saya pula Magnum Black. Memang rasanya enak dan menceriakan hari itu. Hati lalu berdendang lalalala…
Apabila kita berfikir tentang definisi nikmat, semestinya bayangan aiskrim premium MAGNUM akan terlintas di fikiran. Dikenali di serata dunia sebagai jenama aiskrim coklat premium yang lazat dan penuh kemewahan rasa, MAGNUM telah membuktikan bahawa ia bukanlah sekadar jenama yang dikenali melalui kualiti produknya, malah ia turut terkenal dengan barisan aiskrim pelbagai perisa yang membangkitkan keterujaan emosimu.
Pelancaran MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK baru-baru ini.
Mood mencerminkan personaliti seseorang pada setiap hari; dan sering kali perasaan yang kita alami boleh dihuraikan melalui warna. Sebagai contoh, warna merah jambu melambangkan kegembiraan dan spontan. Warna hitam pula menyerlahkan keanggunan, gaya dan kemodenan. Menggayakan warna merah jambu ataupun hitam, ianya dapat menggambarkan mood seseorang, dan kini aiskrim variasi terbaru dari MAGNUM, iaitu aiskrim MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK juga dapat mengekspresikan perasaan kamu.
Sebuah kelahiran terbaru dari MAGNUM yang bakal memenangi hati setiap Pleasure Seeker, MAGNUM PINK mengetengahkan keenakan perisa Buah Delima Merah Jambu yang sungguh mengasyikkan digabung dengan sos Buah Delima. Di bahagian luarnya ialah salutan Coklat Belgium berona merah jambu yang terkenal di seluruh dunia memenuhi setiap inci aiskrim premium ini. Bukan itu sahaja, rasa Buah Delima yang membangkitkan jiwa serta warna merah jambu yang ceria mencerminkan mood yang gembira, teruja dan penuh dengan semangat.
MAGNUM BLACK pula melambangkan kemewahan yang sebenar. Rasa Espresso yang pekat menyelusuri setiap pelusuk aiskrim Vanila yang enak dan lembut serta disaluti dengan lapisan coklat Tanzania yang tebal, menghasilkan rasa yang hebat serta menarik perhatian para peminat kopi gourmet dan coklat.
Hey, masanya untuk kamu nikmati keenakan sebenar ais krim terbaru dari Magnum. Dapatkan di pasaran sekarang!