Menjelang Ramadan mulalah banyak undangan persembahan fesyen koleksi raya dan tidak lupa jemputan makan-makan. Menu Ramadan diperkenalkan untuk media berkongsi cerita di sini. Elegan tidak melepaskan peluang menjadi saksi pelancaran menu pertama Ramadan Fish & Co ini.
Kisahnya setiap Ramadan, restoran Fish & Co akan sentiasa penuh dan menjadi pilihan penggemarnya untuk berbuka puasa. “Sambutan menggalakkan itu memberi kami ilham untuk memberikan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan. Jadi, kami melancarkan menu sajian bufet Ramadan pertama tahun ini di Fish & Co cawangan Pavilion. Lokasi ini menjadi perhatian pengunjung untuk mengajurkan keraian dan acara penting jadi ia bertepatan dengan pelancaran ini,” ujar Pengarah Pemasaran Fish & Co., Charmaine Tan.
Lebih istimewa apabila Fish & Co. berkolaborasi dengan Dato’ Fazley Yaakob yang akan menyediakan sajian pemanis mulut dari kafe miliknya, SukaSucre. Semasa majlis pelancaran itu juga, Dato’ Fazley mendendangkan tiga lagu Raya buat tetamu. Dato’ Fazley juga diserahkan kad keistimewaan VIP sebagai penghargaan di atas usahasama ini.
Bufet Ramadan Fish & Co. eksklusif di restoran Pavilion bermula 22 Jun sehingga 12 Julai dengan harga RM59.95 seorang bagi dewasa, RM29.95 seorang bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun. Manakala mereka yang membuat tempahan awal dan berbayar akan layak mendapat harga promosi ‘early bird’ RM52. 95 paling itdak tiga hari waktu bekerja dari tarikh berbuka. Untuk tempahan e-mel marketing@fish-co.com.my atau hubungi 03-7887 8717 mengikut terma & syarat yang ditetapkan.
Antara sajian dihidangkan adalah Spaghetti Pomodoro, Seafood Pizza, Fried Calamari, Grilled Fish with Spicy Teriyaki Sauce, Grilled Peri-Peri Chicken with Salmon, Captain Hook Fish Fillet, Golden Coral Fish Nuggets, Treasure Trove Chicken Nuggets dan banyak lagi. Menu manis Dato’ Fazley pula Moist Chocolate Cake, Vanilla Cake, Profiteroles dan French Mini Macaroons. Istimewa hanya buat kamu yang mengambil bufet Ramadan sahaja.
Pada hari yang sama, set Ramadan Istimewa untuk 2 orang turut diperkenalkan. Bermula 15 Jun sehingga 26 Julai, terbuka buat semua di cawangan Fish & Co. Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall @ Putrajaya, Main Place @USJ 21, 1 UTama dan Paradgm Mall. Set lazat ini termasuk Grilled Peri-peri Chicken with Arctic Fish, Grilled White Fish with Peri-peri Sauce, 2 Soup of the Day, dan 2 minuman pilihan (sama ada Passionfruit, Coke, Sprite or Iced Tea). Diners with a sweet tooth
juga boleh dipilih dengan harga sebanyak RM 7.95 nett untuk Hot Fudge Cake.
Fish & Co. Pavilion KL adalah restoran bertemakan makan malam alfresco dan mendapat inspirasi nautical chic pada bahagian VIP area, Lokasi? Lot No. C4.02.00, Level 4, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur ? dan beroperasi dari 11am hingga 10pm setiap hari. Sila layari http://www.fish-co.com.my ? for more information dan jangan lupa follow Fish & Co di laman facebook http://www.facebook.com/FishNCoMY? , juga Instagram dan Twitter @FishNCoMY untuk semua. 
Elegan darlings, Iera Nadzlim dan Aimy Aqilah berkesempatan menikmati sajian Bufet Ramadan Fish & Co. tempoh hari. Apa kata Iera setelah menikmatinya.
“Siang tadi, aku dijemput untuk ke rebiu makanan di Fish & Co, Pavillion. Sempena dengan bufet ramadan diorang yang akan dimulakan pada bulan puasa nantilah. Takkan sekarang.
Tahun ni Fish & Co membuat usahasama dengan Suka Sucre yang Dato’ Fazley punya tu. So maksudnya nanti pemanis mulut dibuat Dato’ Fazleylah. Dato’ Fazley pun bakal keluarkan album raya dia nanti. Yang boleh didapati di semua outlet Fish & Co dan semestinya di Suka Sucre dan beberapa tempat lain lagi.
Kalau dah Fish & Co, semestinya makanan dia terdiri daripada makanan laut. Ikanlah paling banyak. Yang aku ambil ni, fish fillet. Sedap! Lembut je bila kau makan tu. Ada beberapa sos juga. Salsa, tartar and lagi satu aku tak pasti apa. Tapi yang aku tak pasti itulah yang sedap. Dia manis-manis. Macam ada elemen honey-honey sikit.
Ada nasi, nasi pun sedap ya. Mula-mula aku macam. Eeeh, nasi ala-ala beriyani ni kau nak hidangkan dengan ikan yang ala-ala fish and chip ni? Tapi bila merasa kombinasi itu dan makan, sedap weh. Dia macam serasi. Sebab nasi tu tak berat sangat.
Lepas tu aku ambil salmon. Salmon dia sedap. Tapi maaflah kawan-kawan, saya kalau salmon ni kurang sikit. Harap maklong. Haha…. Tapi aku sekadar satu cuit sajalah. Sebab tak sukakan. Dan yang selebihnya aku ambil seperti sotong tepung tu dan fish nugget. Kedua-duanya sedap. Tapi pasta dia tu, aku rasa mcm… hehhh… boring. Tak habis pun tu.
Keseluruhannya, memang sedaplah. Bukan aku cakap sedap sebab dia bagi aku makan free. Tapi memang sedap.
Yang pemanis mulut pula, aku suka yang kek oren tu. Sedapnyaa. Very moist and soft. Hmm sedapnyaa weh. Aku tadi hampir nak ambil sorok dalam beg. Ada macaroons semestinya sajian signature Dato’ Fazley. Cream puff pula aku tak suka sangat. Chocolate cake tu pun biasa je. Tapi orange cake tu sedapp! Nakk lagiii.”










COMMENTS ARE CLOSED