Pengalaman dijamu kopi panas lagi pekat di Starbucks Coffee Suria Sabah takkan dilupakan saya. Kami diajar bagaimana mahu menikmati kopi sebenar secara betul. Kebetulan ia malam pertama kami rombongan media Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia berada di Sabah. Lelah hilang tatkala disambut mesra kakitangan Starbucks.
Lalu demostrasi menikmati kopi ditunjukkan. Caranya tutup separuh cawan dan hidu harum kopi hitam panas dalam-dalam. Kemudian dekatkan cawan ke bibir dan hirup kuat agar kenikmatannya terasa. Kelat sekali terlihat di wajah masing-masing sementah sudah biasa menghirup kopi ditambah gula.
Kemudian kami diberi seorang sepotong kek buah. Kali ini saya mengunyah kek buah seperti disuruh. Habis kunyah, minum kopi panas tadi. Berasa sungguh nikmat manis kek buah melalui kerongkong. Kami meneruskan malam dengan kopi panas dan dijamu kek, muffin dan pie. Terima kasih Starbucks Coffee Suria Sabah!
Kegemeran saya buat masa ini semestinya Toffee Nut Frappuccino. Tall? Grande? atau Venti? Pasti saya memilih venti. Sebelum ini saya lebih gemar perisa vanila. Tetapi gandingan toffee dengan kacang bakar yang dikisar dengan espresso coffee dan ais. Kemudian dipenuhi whipped cream dan taburan kacang perisa toffee, siapa boleh tahankan? Habis diet, tak kisah sesekali.
Nota: Menurut seorang teman, minum kopi hitam tanpa gula sebelum bersenam adalah bagus kerana ia meningkatkan lagi sistem penurunan berat dalam tubuh.







