PENULIS:MAXEVAN
HABIB buat julung kalinya, mengadakan pameran barangan kemas terbesar bermula pada 23 September sehingga 2 Oktober 2022 dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Pameran ini bertempat di ruang legar, pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil. Berkeluasan hampir mencecah 9,000 kaki persegi, pameran ini selain menawarkan seleksi barangan kemas yang pelbagai, terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan sepanjang pameran berlangsung buat para pelanggan terutama sekali yang berada di sekitar Bukit Jalil.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang pameran berlangsung:
- Menukar beli barangan kemas lama kepada yang baharu ataupun menjual semula dengan tunai.
- Tempahan eksklusif barangan kemas mengikut citarasa tersendiri.
- Ukiran nama pada barangan kemas.
- Membaik pulih barangan kemas.
- Mengubah saiz barangan kemas.
- Menindik telinga.
- Mencuci barangan kemas secara percuma.
- Penilaian barangan kemas secara percuma.
Koleksi popular yang hanya boleh didapati secara eksklusif di HABIB iaitu Oro Italia 916® , terkenal dengan ketelitian dan kemasannya yang halus serta keunikan pada seni rekaannya. Pelbagai koleksi terkini turut ditampilkan, baik dari koleksi emas, berlian mahupun batu permata, begitu juga dengan koleksi mutiara. Pilihan barangan kemas untuk kanak-kanak serta koleksi jejaka seperti cincin lelaki yang diperbuat daripada perak palladium dan titanium juga turut ditawarkan.
Istimewa buat bakal raja sehari, HABIB menawarkan pelbagai pilihan cincin perkahwinan yang terkini. Koleksi berlian bersijil dari GIA dan AGS yang terdapat dalam pelbagai saiz, potongan, warna dan kejernihan bagi memenuhi setiap citarasa pelanggan. Bagi yang inginkan kesempurnaan, koleksi ‘Berlian Potongan Terbaik Dunia’, Hearts On Fire® juga tampil dengan pelbagai rekaan moden.
HABIB juga menampilkan koleksi jongkong emas untuk pelaburan, selain mempamerkan koleksi barangan kemas. Jongkong emas 999 ditawarkan dengan berat bermula dari 1 gram sehingga 1 kilogram. Antara aktiviti menarik disediakan adalah seperti sesi penggayaan imej bersama stylist selebriti berbakat seperti Min Luna, stylist fesyen Farah Dinana serta jurusolek artis, Ayu Kirana. Disamping menikmati kopi istimewa dari HABIB, perkhidmatan ‘caligraphy’ mengukir nama di atas kotak barangan kemas diberikan khusus kepada pelanggan yang membuat pembelian di pameran tersebut.
Ayuh kunjungi pameran barangan kemas HABIB di Pavilion Bukit Jalil untuk menikmati tawaran dan aktiviti menarik yang diadakan. Sentiasa ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa pelanggan, HABIB terus komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik serta menampilkan rekaan-rekaan yang menepati citarasa pelanggan untuk setiap lapisan umur, selari dengan slogannya ‘The Gift Of Happiness’.
Maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB di Instagram dan Facebook.