Johnson & Johnson dan KPJ bekerjasama untuk didik ibu bapa baru tentang Science of SensesTM dengan melancarkan kepen terbaru, So Much MoreTM untuk mendidik ibu bapa Malaysia tentang amalan semasa mandi yang mengoptimumkan perkembangan otak si manja.
Hasil penyelidikan daripada Science of SensesTM menunjukkan bahawa keseimbangan antara satu amalan biasa dan rangsangan kepada deria dapat menggalakkan dan mencorakkan perkembangan otak bayi.
Untuk menjayakan kempen ini, Johnson & Johnson bergabung tenaga dengan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri untuk mengubah persepsi terhadap masa mandi, iaitu daripada masa untuk melakukan satu tugas biasa kepada masa untuk menimba pengalaman mesra yang sangat bermakna. Menerusi kerjasama dengan pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkenal ini, ia berhasrat untuk menyedarkan dan mendidik ibu-ibu tentang pendekatan baru dalam penjagaan bayi dan mengoptimumkan perkembangan otak si manja.
Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun, berkata, “Kita semua tahu bahawa kanak-kanak adalah tunggak masa depan kita. Mereka akan mewarisi nilai-nilai, aspirasi dan warisan nenek moyang kita. Oleh itu, peranan ibu bapa penting dalam membentuk generasi masa depan kerana setiap tindakan yang diambil hari ini akan membawa kesan pada hari esok. Pengetahuan mereka mengasuh dan membesarkan anak-anak pasti mempengaruhi kualiti rakyat Malaysia. Kempen So Much More diadakan tepat pada masanya.”
“Disokong oleh hasil penyelidikan saintifik, Science of the SensesTM berupaya untuk mempengaruhi asuhan positif yang membabitkan interaksi secara langsung, bermula dari sesuatu yang mudah seperti amalan masa mandi dan aplikasi rangsangan berbilang deria,” ujarnya lagi.
Otak bayi mencipta sehingga 1.8 juta sambungan sinaps baru setiap saat, dan pengalaman ini akan menentukan sinaps untuk dikekalkan. Rangsangan berbilang deria – iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar, dan dilihat oleh bayi – membantu memupuk kelangsungan jangka panjang sambungan sinaps.vi
- Sentuh: Bayi yang biasa mendapat sentuhan dan belaian ibu bapa atau penjaga yang penyayang adalah 50% lebih berkemungkinan membuat hubungan mata dan mempunyai ekspresi positif secara keseluruhan (senyuman, pandangan mata).
- Bau: Bau yang lazim, seperti bau ibu, menambah baik mood, ketenangan dan kecerdasan. Malah, hasil kajian menunjukkan bahawa bayi yang dimandikan dengan produk mandian berbau harum memperlihatkan 30% lebih keupayaan untuk bermesra dengan ibu bapa mereka selepas mandi dan mengurangkan hampir 25% masa menangis sebelum tidur.
- Dengar: Bercakap berulang kali dengan bayi semasa mandi boleh membantu perkembangan bahasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa bayi yang lebih kerap diajak berbual mempunyai kosa kata lebih luas apabila mencapai usia 24 bulan.
- Lihat: Bayi bertindak balas kepada rangsangan visual dan menunjukkan pemprosesan neural yang dipertingkatkan apabila dipandang terus atau diberi tumpuan perhatian. Ini adalah koordinasi mata-tangan dan kemahiran pengamatan yang penting untuk perkembangan sosial.
Stuart Crabb, Pengarah Negara Kumpulan Runcit, Johnson & Johnson Malaysia, berkata, “Johnson & Johnson telah mempelopori sains dan menetapkan piawaian global dalam penjagaan kulit bayi selama lebih 120 tahun. Kami berpegang kepada warisan bahawa setiap produk Johnson & Johnson dicipta khusus dengan mengambil kira kepentingan dan keperluan bayi dan menepati piawaian BEST FOR BABY™ kami, yang disokong oleh sains. Penyelidikan adalah aspek penting perniagaan kami kerana ia meluaskan sempadan sains untuk merintis kemungkinan baru dalam menambah baik penjagaan bayi – sama ada menerusi kefahaman proses perkembangan bayi atau tingkah laku ibu bapa.”
Scha Al-Yahya berkongsi pengalamannya sebagai ibu yang menggunakan produk Johnson & Johnson untuk penjagaan bayi.









