PENULIS: MAXEVAN
Jenama Gelato Kelahiran Asia & Buatan Itali, ‘XO-ice’ Memperkenalkan Pencuci Mulut Sihat di Malaysia. Mengutamakan amalan pemakanan sihat, XO-ice menyediakan gelato yang sihat, rendah kalori, dan tinggi dengan protein.
Ia mengandungi 70% kalori lebih rendah, 8 hingga 9 kali lebih rendah gula, dan 1.4 hingga 1.9 kali lebih protein berbanding gelato biasa. Mempunyai tekstur lebih lembut dengan rasa yang enak.
Pencuci mulut ini mengekalkan kehebatan prestasi kandungannya yang rendah kalori, rendah gula, rendah lemak dan kaya dengan protein. “Ia diciptakan supaya orang ramai boleh menikmatinya disamping menjalani gaya hidup yang sihat,” kata Pengasas Bersama XO-ice, Jennifer Lee.
Jenama XO-ice mahu memastikan pengguna dapat menikmati produknya, disebabkan itulah ia telah berusaha untuk menjadi vegetarian, bebas GMO dan disahkan Halal. Dengan itu, sebahagian daripada perisa popular mereka termasuklah:
- King Don’t Lie Musang King Durian
Gelato berperisa Durian Musang King dengan 25% pes Durian Musang King dari Malaysia mengandungi 360 kalori dan 28g protein.
- The Coco Carat
Gelato berperisa kelapa dengan sedikit sos karamel yang mengandungi kelapa dari Filipina, 300 kalori dan 27g protein.
- Mucho Matcha
Gelato berperisa teh matcha dengan serbuk teh matcha dari Jepun, serta mengandungi 303 kalori dan 28g protein.
- Seriously Chocolate
Gelato berperisa coklat dengan serbuk koko dari Ecuador, serta mengandungi 255 kalori dan 23g protein.
- Takes-one-to Mango
Gelato berperisa mangga dengan sari Mangga Alphonso dari India, serta mengandungi 305 kalori dan 28g protein.
- Not-so-plain Vanilla
Gelato berperisa vanila dengan esen vanila dari Madagascar, serta mengandungi 333 kalori dan 28g protein.
- Goood Morning Vietnaaam!
Gelato berperisa kopi Vietnam dengan sedikit cip coklat yang mengandungi kopi dari Vietnam, 350 kalori dan 25g protein.

Pengasas Bersama XO-ice; Jennifer Lee dan Donatien Monod bersama Sandra Woo (Pengajar Yoga Manasa Kesihatan & Bertauliah) di acara pelancaran XO-ice yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Gelato XO-ice boleh didapati di pasaraya berdekatan dengan anda seperti AEON, Mercato, JUSCO, Ampang Grocers, Ben’s Independent Grocer, Bilabila Mart, Cold Storage, Isetan, Jaya Grocer, Village Grocer, dan banyak lagi.

Sesi Yoga eksklusif oleh Sandra Woo (Pengajar Yoga Manasa Kesihatan & Bertauliah) di acara pelancaran XO-ice di mana XO-ice memperkenalkan pencuci mulut sihat yang dapat menyumbang kepada kesihatan pemakanan, fizikal, mental, dan emosi pengguna
Para pengguna juga boleh menanti pengenalan perisa baharu di masa depan. Antaranya termasuklah Gingerly Chocolate, serta gelato tanpa susu La Vie en Pink dan Mango Goes Coco, dan banyak lagi yang akan diperkenalkan. Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi Instagram, Facebook, atau laman sesawang rasmi XO-ice.
SUMBER: Good & Honest Communications Publicist
COMMENTS ARE CLOSED