Taman tema i-city yag terletak di Shah Alam menjadi tumpuan kini. Sekiranya kamu berada di luar kota dan inginkan penginapan hanya 5 minit perjalanan ke i-city, apa kata memilih tinggal sahaja di i-residence.
Menonton konsert 30 Second to Mars beberapa tahun lalu di i-city mengejar Jared Leto memang menyeronokkan. Selain itu, banyak juga tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Selain lampu-lampunya sungguh menawan, sesuai sekali buat kekasih bermadu cinta. Sesuai juga buat sekumpulan teman-teman berlibur juga ibu bapa membawa anak-anak bercuti. Ikuti entri saya sebelum ini perihal i-city ini.
Menetap di Shah Alam lebih aman, sekiranya kamu dambakan percutian di sekitar Selangor. Entri ini Lawatan Shah Alam mungkin mampu memberi idea buat lawatan kamu. Pastinya homestay ini memberikan banyak kemudahan.
Homestay @i-city boleh menerima tamu 6 orang dengan keluasan 1091 kaki persegi. Walaupun hanya dua kamar tetapi katilnya boleh memuatkan lebih dua orang untuk tidur selesa. Ataupun tidur sahaja di ruang tamu yang luas dan selesa. Kemudahan memasak juga disediakan termasuk mencuci pakaian. Sekiranya mahu BBQ, boleh menempah tempat lebih awal.
Bagi kamu yang sukakan senaman, terdapat gim dan juga selepas itu boleh ke kolam renang. Jika kamu membawa kenderaan, parkir disediakan. Kemudahan UBER juga pasti memudahkan perjalanan kamu. Saya menetap dua malam di sini dengan penuh selesa. Ruang dapur yang lengkap, andai kamu rajin memasak apa salahnya.
Sepanjang si sini saya berjalan-jalan keliling Shah Alam dengan teman dan sempat ke acara di Kuala Lumpur juga. Perjalanan hujung minggu tidak menyesakkan, malah lancar sekali. Saya sarankan kamu ikut mencuba tinggal di sini.
Untuk tempahan boleh ke homestay@icity segera!