Remaja yang gemar bersolek, tetapi sering sibuk dengan tugasan kuliah mungkin ini solusinya. Dengan solekan nipis, sapuan bibir Peri’s Ink sudah cukup untuk membuat mata merenung kamu di perpustakaan. Pastikan kamu berkongsi dengan rakan-rakan yang sedia cemburu melihat penampilan baru kamu itu.
Ibarat meraikan orang baru, sebuah parti diadakan Peripera Malaysia untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga Peri’s Lip Tint oleh Peripera. Lalu Peri’s Ink diperkenalkan kepada semua, ia sangat cute namun warnanya yang menonjol itu pasti membuat semua cemburu.
Finalis Asia Muse Search 2015 membuat penampilan istimewa di pentas peragaan menggayakan Peri’s Ink dengan persalinan ala gadis Korea.
Berita baik buat remaja yang mementingkan kecantikan. Direka oleh selebriti artist Mari Kim, Peri’s Ink sangat mesra, cute dan menyeronokkan. Solekan lebih lengkap sekiranya kamu memakai Peri’s Ink ke bibir. Bahkan menambah pelembap pada bibir agar sentiasa terpelihara.








COMMENTS ARE CLOSED