Share

Sempena kehadiran Ramadan dan Raya, Watsons telah mengumumkan banyak aktiviti yang telah diatur. Semasa pelancaran berlangsung kelibat hero Amar Asyraf dan penyanyi / cef Dato’ Fazley Yaakob turut kelihatan. Apakah yang ditawarkan Watsons kali ini?

Amar Asyraf dan Nina Iskandar turut serta kerana melancarkan drama bersiri Raya Ni Dah Kahwin setelah tahun lalu drama bersiri Raya Ni Mesti Kahwin mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga mencapai sebanyak 1.5 juta penonton. Sehubungan itu Watsons melancarkan akaun rasmi WeChat @WatsonsMalaysia untuk peminat Raya Ni Dah Kahwin. Mereka boleh berinteraksi dengan Watsons yang akan menawarkan pelbagi hadiah hebat penajang minggu drama ini ditayangkan.

watsons 9-6-15 0288

Mahu menegaskan kualiti waktu bersama teman dan keluarga adalah lebih penting, banyak program diatur oleh Guardian kali ini. Lalu kempen Quality Ramadan dianjurkan bersama GSK dan Hospis Malaysia. Watsons dan GSK akan menderma kepada Hospis Malaysia dan menyediakan khidmat penjagaan profesional kepada pesakit yang menderita seumur hidup mereka. Setiap pembelian Panadol atau Panaflex di Watsons, 10 sen daripadanya akan disalurkan ke tabung tersebut.

watsons 9-6-15 0213

Kempen ini juga menekankan kepentingan untuk menghabiskan kualiti waktu bersama keluarga. Bagi memanfaatkan budaya makanan Malaysia, Watsons berkerjasama pula dengan Dato’ Fazley Yaakob untuk menunjukkan bagaimana keluarga boleh menyatu menerusi sajian berkualiti. Sempena Lebaran, Watsons Malaysia akan memaparkan resipi istimewa Hari Raya dan CD Raya yang dijual di Watsons Online Store. Sama juga, 10 sen akan disalurkan ke Hospis Malaysia daripada belian biskut dan CD Raya.

watsons 9-6-15 0330