Share

PENULIS: NADYA

Jenama makanan laut kegemaran ramai, Subi – Pilihan Seafood Anda Sejak 1998, kini membawakan pengalaman yang lebih meriah menerusi Roadshow Subi di MYDIN USJ 1.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang mencuba sampel percuma pelbagai produk seafood Subi, malah boleh menikmati pelbagai aktiviti interaktif, demonstrasi masakan dan promosi pembelian yang menarik. Antara produk yang boleh didapati termasuk Potongan Ikan Pollock Bersalut Tepung Tempura, Stik Filet Ikan Bersalut Tepung Tempura, Jejari Ikan Pollock, Filet Ikan Pollock, Nuget Ikan dan Jagung, Gegelang Asas Sotong, Jejari Ikan Pollock Pedas Korea, selain produk baharu seperti Seafood Fries, Crumbed TomYam Seafood Nuggets serta rangkaian Patty Ikan, Patty Sotong dan Patty Udang Bersalut Serbuk Roti Halus. Semua produk dihasilkan menggunakan makanan laut sebenar, mudah dimasak terus dari beku dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Antara tarikan utama sepanjang roadshow ialah Sesi Ramah Mesra dan Demonstrasi Masakan bersama Chef Alwi yang berlangsung pada 8 dan 9 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad), bermula jam 10.30 pagi. Chef Alwi yang merupakan Duta Rasmi Pacific West dan Subi, selain terkenal sebagai chef profesional serta pemilik Alwi’s Food, akan berkongsi idea hidangan menggunakan produk Subi yang mudah, cepat dan lazat. Pada 9 Ogos 2026, suasana menjadi lebih meriah dengan Pencarian Chef Cilik Subi, pertandingan memasak ibu dan anak yang menggalakkan kreativiti, kerjasama dan keyakinan kanak-kanak di dapur sambil mencipta memori indah bersama keluarga.

Sepanjang roadshow, pengunjung turut boleh menikmati promosi pembelian eksklusif. Dengan pembelian produk Subi bernilai RM25, pelanggan akan menerima MYDIN Rewards bernilai RM3. Pembelian RM60 pula didatangkan bersama Beg Penyejuk Subi dan Minyak Masak Buruh 1kg, manakala pembelian RM80 melayakkan pelanggan menerima Beg Penyejuk Subi serta Baucar KFC bernilai RM10. Selain itu, Subi turut membawakan promosi Trade & Try yang unik, di mana pengunjung hanya perlu membawa beg lama produk ayam sejuk beku daripada apa-apa jenama untuk ditebus dengan produk Subi secara percuma, tertakluk kepada syarat dan stok semasa.

Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Roadshow Subi di MYDIN USJ 1 dan rasai sendiri mengapa “Makan Seafood Makan Subi” terus menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak 1998. Dari demonstrasi masakan bersama Chef Alwi, pertandingan keluarga yang menyeronokkan, sampel percuma, promosi pembelian bernilai hingga peluang membawa pulang produk Subi secara percuma menerusi kempen Trade & Try, semuanya menanti anda di sini. Inilah masa terbaik untuk mengenali rangkaian produk seafood Subi yang berkualiti, mudah disediakan dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga setiap hari.