PENULIS: NADYA
Cari tempat berbuka yang lain daripada biasa? Ombak Kitchen menawarkan pengalaman menjamu selera dengan seafood premium, suasana mesra keluarga dan konsep “Pakai Tangan Jer” yang pasti meninggalkan kenangan.
Bayangkan berbuka puasa dengan hidangan seafood premium yang melimpah di atas meja, dinikmati pula bersama keluarga dalam suasana santai dan meriah. Ramadan ini, pengalaman tersebut boleh anda rasai di Ombak Kitchen, restoran terkenal dengan konsep unik “Pakai Tangan Jer” yang menjadikan setiap hidangan lebih menyeronokkan. Dengan gabungan menu baharu yang menggabungkan hidangan barat dan makanan laut premium, Ombak Kitchen tampil sebagai destinasi ideal untuk berbuka dengan penuh kepuasan.
Antara menu wajib cuba ialah Combo Ramadan yang sesuai untuk perkongsian, dengan pilihan Combo Lekir (RM89), Combo Jebat (RM109) dan Combo Tuah (RM129) lengkap dengan seafood premium, hidangan pembuka dan pencuci mulut. Peminat makanan laut juga pasti teruja dengan Signature Seafood Boil yang hadir bersama pilihan sos seperti Cajun, Singapore Chilli dan Lemon Butter. Bagi yang mahukan pengalaman lebih personal, konsep Build Your Own Bucket membolehkan anda memilih sendiri lobster, ketam, udang dan pelbagai lagi mengikut citarasa.
Lebih menarik, Ombak Kitchen turut menawarkan promosi Kids Eat For Free, menjadikannya lokasi ideal untuk keluarga berbuka bersama anak-anak. Selain itu, sempena Ramadan tahun ini, mereka menganjurkan Ramadan Preview 2026 bertemakan “Tradisi Berbuka, Nikmat Semeja” dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026, menampilkan hidangan istimewa seperti signature seafood boil, Singapore Chilli Live Crab dan juga free flow oyster untuk pengalaman buffet yang lebih mewah.
Dengan pilihan makanan yang pelbagai, suasana selesa serta konsep makan santai yang sesuai untuk semua, Ombak Kitchen merupakan pilihan tepat untuk meraikan Ramadan bersama orang tersayang. Pastikan anda menempah meja lebih awal supaya tidak terlepas peluang menikmati pengalaman berbuka yang istimewa dan penuh kenangan di sini.







