Mencari sepatu yang selesa tersarung di kaki amat sukar. Kebanyakan wanita semestinya perlu punya dedikasi tinggi untuk menyarung sepatu dari setinggi seinci sehinggalah 4 inci. Sepatu Xes semestinya resolusi baharu bagi kaki kamu selain selesa, tetapi masih kekal bergaya.
Semua Tentang Inspirasi Greek, Xes mengambil subjek lelaki era mistikal Greek sebagia inspirasi. Lalu lahirlah Koleksi Tales of Olympus 2015, perubahan besar dilakukan terhadap wajah sepatu Xes. Semuanya dapat dilihat dalam pemilihan rekaan dan warna pada musim ini—Refleksi klasik dan artistic.


Rekaan sepatu Xes kali ini lebih banyak sandal moden dengan tali bersilang terutama pada bahagian ibu jari dan membalut buku lali. Diperbuat dari material cantik dan sungguh cantik namun kekal ringkas. Selain itu si pemakai turut berasa selesa menyarung sepatu Xes ini.

Pelancaran koleksi terbaru ini telah berlangsung meriah dan aktiviti di pentas peragaan menampilkan 12 rekaan sepatu koleksi terbaru Xes. Managing Director Xes, Simpson Wong sangat berbesar hati kerana Xes dilahirkan hari ini daripada kisah silam.
[contact-form-7 id=”2605″ title=”Contact form 2″]






COMMENTS ARE CLOSED