Share

PENULIS: NADYA

Lima tahun membina kepercayaan dan komuniti, kini LifeWave Malaysia bersedia melangkah lebih jauh dengan visi pertumbuhan baharu! Sempena ulang tahun kelima kehadirannya di Malaysia, LifeWave (M) Sdn Bhd, anak syarikat LifeWave® yang merupakan peneraju global dalam teknologi kesejahteraan, menggariskan perancangan strategik bagi 2027 yang merangkumi pengembangan portfolio produk, pengukuhan komuniti Rakan Jenama serta penambahbaikan kemudahan pejabat di Kuala Lumpur.