DramaNovela berbesar hati mengumumkan kolaborasi bersama Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS) untuk melakukan tugasan Acting Challenge. Tujuh peserta akhir AWS terdiri daripada Kwon Hee, Misha, Paul An, Dean, Roger, Young Su dan Young Woo.
Saat saya berada di dunia majalah, mencari model beraksi dalam iklan atau projek drama dan filem, banyak pendatang baru bercita-cita mahu menawan dunia peragaan. Ada yang bertuah, mampu menempa nama sekelip mata. Ada juga mencuba bertahun-tahun tetapi sukar sekali mendapat tempat. Coco Rocha sendiri pernah gagal dan berhijrah ke Asia sebelum pulang menempa nama seperti hari ini.