PUNULIS: NADYA
Seo In Guk di Malaysia Perjumpaan ‘Heart Cookie’ Seo In Guk “Heart Cookie” perjumpaan bersama peminat di Malaysia pada 10 Oktober 2025 di HGH Convention Centre,Kuala Lumpur.
Ini adalah kunjungan pertama Seo In Guk ke Malaysia. Menjawab soalan media, dia ingn mencuba roti canai danjuga makanan Malaysia lain. Malah, jika berpeluang dia mahu melawat Petronas Twin Tower.
Pada pembukaan Seo In Guk memulakan dengan menyanyikan lagu sambil memegang bunga ros dan semua peminat amat teruja dengan persembahan yang sangat romantis itu. Selepas persembahan diteruskan dengan ‘Heart Relay’ iaitu sesi soa jawab bersama peminat.
Acara diikuti dengan sesi mengeratkan hubungan dengan peminat. Mereka yang terpilih dapat bermain bersama Seo In Guk dan pasukan yang menang akan dapat barangan dari Seo In Guk yang amat berharga.
Acara diakhiri dengan persembahan dari Seo In Guk lagu yang membuai dan dengan harapan dia akan kembali lagi. Saya percaya kami akan dapat bertemunya kembali.






