Share

Pelbagai cara kamu boleh menyumbang terutama untuk kebajikan. Pilihan terletak ditanganmu. The Body Shop membuka peluang kamu menyumbang dengan membeli produknya di musim perayaan dan sebahagiannya bertujuan memelihara hidupan liar. Paling penting melindungi alam sekitar yang semakin dicerobohi. Masalah ini telah lama jadi sebut-sebutan dan berterusan sehingga kini. Apabila organisasi besar seperti The Body Shop turut serta melakukan Wildest Campaign ini, harapan lebih tinggi. Kita juga lebih dekat untuk ikut menyumbang dalam memelihara hidupan liar.

Memilih barangan di The Body Shop untuk hadiah hari perayaan dan tahun baru, kamu juga menyumbang hasil jualan tersebut. Kamu telah mengembirakan dunia dengan hadiah kepada insan istimewa dan alam sekitar serta hidupan liar. Seluas 1 meter persegi hutan terpelihara dengan setiap pembelian demi hidupan liar ini.

“Memelihara hidupan liar adalah salah satu usaha mulia dilakukan The Body Shop. Berkongsi rezeki dengan memyumbang sebahagian hasil jualan di musim perayaan Krismas patut kita sokong. Bersama-sama kita raikan Wildest Campaign oleh The Body Shop ini.”