Share

PENULIS: NADYA

Perjalanan moden kini bukan sekadar destinasi, tetapi pengalaman yang menghubungkan kerja, gaya hidup dan eksplorasi—dan inilah yang dibawakan oleh The Malaysia Edition – City oleh Marriott Bonvoy.

Kempen ini mengetengahkan cara baharu meneroka Kuala Lumpur dan Putrajaya, di mana pelancong bebas bergerak antara urusan kerja, santai dan budaya dalam satu perjalanan yang lebih fleksibel dan bermakna.

Melibatkan enam hotel ikonik di lokasi utama, setiap destinasi menawarkan perspektif berbeza mengikut gaya pengembara. Dari ketenangan tasik di Putrajaya Marriott Hotel, ke suasana kosmopolitan di Sheraton Petaling Jaya, hinggalah tenaga dinamik di Renaissance Kuala Lumpur dan W Kuala Lumpur—setiap penginapan direka untuk memenuhi gaya hidup dan keperluan berbeza, sama ada untuk bekerja, berehat atau bersosial.

 

Bagi pencinta kemewahan, The St. Regis Kuala Lumpur menawarkan pengalaman elegan yang penuh ketelitian, manakala Marriott Executive Apartments pula sesuai untuk penginapan jangka panjang dengan keselesaan seperti di rumah. Inisiatif ini membuktikan bahawa setiap kawasan di bandar mampu memberikan pengalaman unik, bergantung kepada bagaimana anda memilih untuk menginap dan meneroka.

 

Lebih menarik, ahli Marriott Bonvoy boleh menikmati pelbagai kelebihan termasuk diskaun 5% untuk tempahan terus, ganjaran mata bonus serta akses kepada promosi global eksklusif. Dengan keahlian percuma dan rangkaian hotel yang luas, The Malaysia Edition membuka peluang untuk merasai pengalaman bandar dengan cara yang lebih personal, bernilai dan penuh gaya.