Share

PENULIS: NADYA

Sempena kempen “Tribute to Malaysian Heritage”, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside mengajak para pengunjung menikmati pengalaman gastronomi yang meraikan kepelbagaian cita rasa Malaysia menerusi Tribute to Malaysian Heritage Dinner Buffet.

Berlangsung dari 21 Ogos hingga 26 September 2026, bufet makan malam ini diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu, dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam, dengan harga RM148 nett untuk dewasa dan RM74 nett untuk kanak-kanak.

Menampilkan hidangan daripada pelbagai negeri dan tradisi, bufet ini mengetengahkan sajian seperti Nasi Tupang, Singgang Ikan, Ayam Percik Kelate, Sambal Goreng Jawa, Gulai Jering, Nasi Briyani Gam, Assam Pedas, Ikan Pekasam dan Laksa Kedah. Kepelbagaian menu ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati kekayaan warisan kulinari Malaysia dalam satu pengalaman makan malam yang santai dan istimewa.

Pengalaman ini turut dilengkapkan dengan artisan showcase hasil kolaborasi bersama Kraftangan Malaysia, yang membawa elemen seni dan budaya tempatan lebih dekat kepada para pengunjung. Selain menikmati juadah tradisional, tetamu berpeluang menyaksikan demonstrasi serta interaktif kraf, permainan tradisional dan pameran “Ini Kraf Malaysia” yang berlangsung pada setiap Jumaat dan Sabtu, dari jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Kehadiran usahawan kraf tempatan juga memberi peluang kepada pengunjung mengenali serta mendapatkan produk kraf Malaysia yang unik.

Lebih daripada sekadar bufet makan malam, Tribute to Malaysian Heritage menawarkan sebuah pengalaman yang menggabungkan makanan, seni dan budaya dalam satu destinasi. Dengan gabungan sajian warisan yang kaya dengan cita rasa serta hasil seni kraf tempatan, kempen ini menjadi ruang untuk pengunjung dari dalam dan luar negara mengenali keunikan Malaysia dengan lebih dekat. Jadi, luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati Tribute to Malaysian Heritage Dinner Buffet di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside dan raikan warisan Malaysia melalui setiap hidangan serta karya seni yang dipersembahkan.