PENULIS: NADYA
UNIQLO mencipta satu lagi pencapaian besar apabila buat pertama kalinya tersenarai dalam ‘TIME100 Most Influential Companies’, sebuah senarai berprestij yang mengiktiraf syarikat paling memberi impak dan berpengaruh di seluruh dunia. Selain itu Uniqlo akan menganjurkan Thank You Festival pada 22 sehingga 28 Mei dengan tawaran harga berpatutan dan hadiah yang lumayan.
Dalam pengiktirafan ini, UNIQLO ditempatkan dalam kategori “Leaders”, sekali gus membuktikan pengaruh jenama itu yang semakin kukuh di peringkat global menerusi konsep pakaian LifeWear yang praktikal, berkualiti dan relevan untuk kehidupan harian.
Majalah TIME dalam ulasannya menekankan kekuatan utama UNIQLO terletak pada konsep kesederhanaan yang luar biasa. Jenama ini berjaya menonjol dengan menawarkan pakaian harian berteknologi tinggi, rekaan moden serta berkualiti pada harga berpatutan kepada pengguna di seluruh dunia. Pendekatan ini menjadikan UNIQLO bukan sekadar jenama fesyen, tetapi satu gaya hidup yang memenuhi keperluan pengguna moden yang mengutamakan keselesaan dan fungsi.
Lebih membanggakan, pada minggu yang sama, UNIQLO turut disenaraikan dalam ‘TIME100 Companies: Industry Leaders 2026’, berada dalam kelompok 10 syarikat fesyen dan kecantikan paling berpengaruh di dunia. Pengiktirafan berganda ini memperkukuhkan lagi kedudukan UNIQLO sebagai jenama global yang terus mendapat tempat di hati pelanggan dari pelbagai negara, sekali gus menunjukkan bagaimana konsep LifeWear semakin diterima ramai.
Pemilihan syarikat dalam senarai TIME100 dilakukan melalui proses penilaian yang teliti melibatkan pencalonan pelbagai sektor, undian rangkaian penyumbang global TIME serta pakar industri. Setiap syarikat dinilai berdasarkan faktor penting seperti impak, inovasi, cita-cita dan kejayaan, menjadikan pencapaian UNIQLO ini satu bukti nyata bahawa jenama tersebut terus berkembang sebagai peneraju global dalam industri fesyen masa kini
Sempena itu, direka khas untuk cuaca panas di Malaysia dan keperluan gaya hidup harian, Thank You Festival tahun ini tampil dengan tawaran istimewa pertama kali untuk rangkaian LifeWear essentials terpilih. Selain harga menarik, festival ini turut memperkenalkan koleksi baharu yang dinanti-nantikan termasuk kolaborasi eksklusif UNIQLO x Cecilie Bahnsen, serta keluaran popular UT seperti Blue Lock, Minecraft dan Koleksi UT Manga ke-100.
Sebagai tanda penghargaan, dari 22 hingga 28 Mei, pelanggan yang berbelanja minimum RM300 dalam satu resit akan menerima hadiah eksklusif iaitu UNIQLO Stainless Steel Food Jar. Ditawarkan dalam pilihan warna biru, hijau, kuning dan merah jambu, hadiah ini tersedia selagi stok masih ada—menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih bermakna sepanjang festival ini.







COMMENTS ARE CLOSED