Share

Tidak perlu pegi jauh, hanya berkunjung ke Bora-Bora Nail & Waxing Expert di Berjaya Times Square. Bawalah ibu memanjakan diri sempena Hari Ibu. Ajak juga teman-teman baik yang kini bergelar ibu muda untuk meraikan diri sendiri. Apa salahnya! Tinggalkan anak-anak dengan si ayah menjaga mereka. Kamu bawa ibu, kakak ipar atau sahabat yang kini bergelar ibu untuk memanjakan diri. Ibu muda seperti kamu pasti menikmati semua menu yang disediakan di sini. Pastinya kamu tidak akan menyesal kerana khidmat diberikan Bora-Bora adalah kelas pertama. Saksikan sendiri pengalaman saya di sana dalam video Youtube di bawah;

Saya tidak asing dengan manicure atau pedicure. Sering juga diundang membuat rawatan dan kalau ada waktu terluang, saya sendiri pergi mencari salon sesuai. Tidak menetapkan satu sahaja destinasi, saya suka mencuba beberapa tempat. Melangkah masuk ke Bora-Bora Nail and Waxing Expert, saya ditegur ramah oleh kakitangan.
IMG_8501IMG_8509

Langsung berkenalan pula denga pemiliknya Michelle Hee yang membawa saya melihat persekitaran di dalam salon. Bora-Bora sudah kita kenali desitasi pelancongan pulau paling dikenali. Begitulah suasana yang ingin dibawakan pemilik kepada pelanggannya. Lalu hari itu saya diberi rawatan Classic Manicure, RM50 dan Anti Age Spa Pedicure, RM160.

Setelah duduk, minuman dan makanan disediakan untuk saya dan teman-teman blogger yang lain. Ruang yang sempurna untuk lebih enam tamu ini cukup selesa. Sepertinya kami melakukan rawatan kuku disebuah pulau berlatarkan laut cantik.

20160320_131253 20160320_131238IMG_8529

Mula-mula rawatan pedicure dilakukan dengan membersihkan kuku kaki. Kemudian melakukan Coconut Scrub, sebelum Candle Oil Massage dilumurkan pada kaki.  Setelah sapuan mask, kaki saya dibalut dan dimasukkan dalam Mask thermal bags. Proses ini adalah untuk melembut kulit agar tidak berkedut.

20160320_122753 20160320_122739IMG_8531

Setelah itu rawatan tangan pula dilakukan dan semestinya saya memilih pewarna yang wudhu-friendly di sini. Bukan sahaja wanita, menu buat lelaki juga turut disediakan. Bagi kamu yang mementingkan pengisian kandungan perawatan, menu Organic juga disediakan. Pastinya bahan rawatan adalah mengikut keaslian.

IMG_8515 IMG_8499IMG_8500

BMIC Bora-Bora Nail and Waxing Expert mula beroperasi pada 2015 untuk pelanggan lebih muda. Salon ini di bawah BMIC Secret of Beauty Sdn Bhd. Pengasasnya Michelle Hee juga memiliki salon lebih eksklusif—BMIC Nail Spa Salon di Starhill Shopping Gallery dan Pavilion KL dan BMIC BeeBee Nail Spa di Fahrenheit 88. Akan datang mula merancang membuka BMIC Nail & Beauty Academy untuk melatih lebih banyak pakar di dalam merawat kuku.

Untuk booking telefon secara langsung ke Bora-Bora Nail and Waxing Expert di 03-2110 2763 yang terletak di LG19, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square.

Website: www.bmic.com.my

Facebook: BMIC Nail and Beauty Acedemy

Instagram: @bmicnailspasalon