Share

OMNO telah melancarkan debut rasmi di pasaran Malaysia. Produk kecantikan berasal dari Singapura ini dikatakan mampu mengimbangi sudut kemewahan dan kepentingan alam sekitar.

Mencintai dunia semestinya tanggungjawab kita semua. Memilih produk yang mementingkan ekologi juga satu kewajipan. Terang-terangan produk OMNO adalah campuran bahan-bahan berkualiti tinggi dan lahir dari intipati keseimbangan dan kehormatan alam sekitar.

Duta Jenama, Carmen BUTTT

Malah, OMNO, selaku jenama kesejahteraan dan kecantikan menjejakkan langkahnya ke pasaran Malaysia pada 9 November 2023 dengan pelancaran majlis di Else Hotel, Kuala Lumpur.

Jenama ini menggabungkan seleksi produk eksklusif tanpa bahan sulfat, paraben, dan silikon. Sebaliknya, bahan-bahan berkualiti dipilih diperakui pensijilan ECOcert, Nordic Swan ECOlabel dan COSMO kekal menjadi pilihan utama. Omno juga berbangga dengan pengambilan akarnya dari Asia Tenggara menggunakan formulasi yang dirangka secara teliti untuk memenuhi sifat unik iklim tropika kita.

Bekas Miss Malaysia, Alexis SueAnn

OMNO mahu tampil memenuhi gaya hidup pengguna, menampilkan tiga aroma seperti Solace, Moonatic dan Odyssey. Solace, yang mempunyai profil aroma yang segar dengan campuran sitrus dan halia, Moonatic, yang menggambungkan sage dan cypress manakala Odyssey merupakan kombinasi eksotik antara mawar dan rempah ratus.

Pastinya OMNO pilihan paling berkualiti untuk kegunaan anda sekeluarga.