Langkah membuka The Sutra Gallery, telah memberi peluang pengunjung merasai sendiri membuat produk dan formulasi aromaterapi. Kaedah tersebut membuka ruang untuk masyarakat lebih dekat dan menikmati hasil wangian yang dibuat sendiri.
Menurut Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBESB), Mohd Khairil Said, terdapat lebih 70 ekstrak botanikal berstatus HALAL yang dikeluarkan TBESB seperti manjakani, kacip fatimah, tongkat ali, remungai, daun gelenggang, buah melaka, kurma, kismis, habbautus sauda serta buah-buahan sepeti nenas, pisang, mangga dan betik.
“Kami mengekalkan tiga kategori iaitu Aromaterapi, Wangian (Fragrance) dan Penjagaan Diri (Wellness) sebagai produk utamanya dibawah jenama Sutra. Galeri ini merupakan produk terbaru yang diperkenalkan oleh TBESB yang berkonsepkan eko-pelancongan,” terang Khairil lagi.
Pengunjung juga dibawa melawat kilang memprosesan minyak pati dan penjagaan diri. Minyak pati dikeluarkan melalui proses penyulingan ke atas daun, bunga dan buah. Antara minyak pati yang dikeluarkan serai makan, serai wangi, limau kasturi, limau purut, daun kayu manis dan nilam.
Lebih membanggakan apabila sebanyak 60 peratus daripada minyak-minyak pati tersebut dijual kepada industri di dalam dan luar negara yang menjalankan pembuatan produk wangian, aromaterapi dan kosmetik sementara 40 peratus lagi digunakan oleh syarikat untuk pengeluaran produk.
“Juga terdapat lebih 70 ekstrak botanikal berstatus HALAL yang dikeluarkan TBESB seperti manjakani, kacip fatimah, tongkat ali, remungai, daun gelenggang, buah melaka, kurma, kismis, habbautus sauda serta buah-buahan sepeti nenas, pisang, mangga dan betik.”
Kesemua produk ni dijual kepada pihak industri yang mengeluarkan produk akhir seperti minuman dan makanan berfungsi, produk kosmetik dan farmaseutikal. Sasaran Tropical Bioessence adalah untuk menjadi salah satu pengeluar utama ekstrak herba di Asia.
Kunjungan ke The Sutra Gallery’
Pengalaman mencipta sendiri wangian digemari dan mencampur adun minyak pati untuk dijadikan ‘massage oil’ yang merupakan antara ‘killer product’ jenama Sutra.
Khairi menambah, tujuan utama produk Sutra dikeluarkan untuk membantu mengurangkan masalah tekanan fizikal dan emosi termasuk depression dan anxiety yang kini semakin mendapat kesedaran di kalangan khalayak.
“Setiap satu produk Sutra mempunyai pelbagai fungsi serta kumpulan sasarannya. Antara kumpulan sasaran termasuk ibu dan bayi, remaja, dewasa, mereka yang mengalami pelbagai masalah kulit, sakit sendi serta kesukaran untuk tidur,” ujarnya lagi.
Semoga produk wangian dan adunan minyak pati urutan ini mampu memberi kesegaran kepada pengguna. Terutama bagi mereka yang mengalami tekanan selepas melakukan tugasan masing-masing. Hidup lebih harmoni dengan kesegaran wangian memenuhi ruang kehidupan.