Share

Hujung tahun paling dinanti-nantikan dalam debar. Gembira kerana 2015 bakal berakhir dan kamu mahu tahun depan yang lebih menyinar. Tetapi dalam waktu yang sama usia kamu semakin meningkat. Oh, tidak! Kamu menelek wajah di depan cermin seraya berfikir. Ah, tiga produk Benefit ini pasti membantumu menempuh tahun mendatang dengan lebih tenang.

Merenung wajahmu di dalam cermin setiap tahun berganti, memang kamu mahu pastikan tiada sebarang garis halus muncul. Telah kamu hafal seluruh wajah dan seandainya ada kelainan sedikit, debar di hati pasti menggelojak. Hari ini kita tidak perlu bimbang lagi kerana banyaknya lambakan produk kecantikan di pasaran. Namun ada tiga magis dari Benefit ini memang kesannya di luar dugaan.

Saya mencubanya tiga produk magis dari benefit yang hadir di dalam kotak unik. Semestinya benefit sentiasa kreatif menarik perhatian kita. Comel! Saya mencuba di dalam youtube disertakan di atas. Memang diluar dugaan dan saya sangat suka memakainya. Tekstur lembut kesemua bahan ternyata mudah menyerap ke dalam kuit. Hm, sebab itulah benefit memberikan peratusan yang menjamin.

IMG_4451

The POREfessional, RM130

Dioles selepas menggunakan pelembap tetapi sebelum bersolek lengkap. Boleh dikatakan sebagai asas solekan dan fungsinya adalah untuk menutup liang roma yang semakin membesar. Selain itu juga The POREfessional juga mampu mengurangkan garis-garis halus yang baru hendak timbul. Bahannya sangat lembut seolah-olah kamu tidak memegang apa-apa. Sangat ringan apabila disapu ke wajah. Memakai solek

IMG_4449

Puff Off, RM120

Akhir-akhir ini dengan lambakan kerja, biasalah, eyeback menggelembung luar biasa. Apabila surut, mulalah ada garis satu dua yang tidak menyenangkan. Memang ikutkan malas, kamu biarkan sahaja tetapi lama-lama garis halus itu akan kekal dan membesar. Selain itu wajah kamu juga seperti sembab ekoran kantung mata yang sedang membesar. Pagi-pagi wajib kamu meletakkan Puff Off dalam senarai solekan. Selain dipakai sebelum bersolek, ia juga mampu digunakan selepas solekan untuk touch up wajah. Hanya gosokkan mini sterika atau iron terus ke bawah mata untuk kesempurnaan. 

IMG_4445

Some Kind-a Gorgeous, RM130

Solekan paling nampak seolah-olah tiada solekan di wajah. Menepati cita rasa kerana saya memang suka memilih bedak asas yang sama warna kulit. Ada yang memilih satu warna lebih cerah tetapi saya memang akan menggeleng kepala dan meminta pembantu kedai mencarikan warna sama kulit saya. Satu lagi saya bukan mahir sangat bersolek, bimbang muka cerah, tangan pula hitam. Apa menyenangkan mengenai bedak asas Some Kind-a Gorgeous, ianya ringan, tidak berminyak dan menggunakan formula air-spun.

IMG_5964 IMG_5934 IMG_5922

Hasilnya saya melangkah sarapan pagi dengan wajah seperti tanpa bersolek. Seringkas mungkin saat mahu bercuti hujung minggu juga. Atau kamu kesuntukan waktu dan terlewat bangun untuk temu janji. Apa pun jua alasan, tiga alat solek magis ini memang sesuai di letakkan di dalam tas solekan. Terutama kalau kamu sedang memilih alat solek sesuai untuk dibawa bersama.