Share

Memang saya bersyukur sangat, jerawat jarang bertandang mengganggu tetapi ada masalah lain yang tidak menyenangkan. Liang roma saya kelihatan terbuka dan saat bersolek tampak kurang cantik. Faktor usia agaknya kenalah redha tetapi kalau ada cara boleh mengatasinya, pasti saya mahu tahu.

Saya nak berkongsi kisah seorang teman menegur, kulit saya yang lain lah sedari dulu. Walaupun baru pulih dari sakit tetapi kulit tampak mulus. Hai, kurang sihat pun kulit masih terpelihara. Kalau itu pendapatnya bersyukurlah.

Saya sebenarnya baru menerima set terbaharu TimeWise® Microdermabrasion Plus daripada Mary Kay®, gandingan produk Mary Kay® lama yang digemari TimeWise® Microdermabrasion Refine dan produk baharu TimeWise® Pore Minimizer serum.

Ramai yang kurang tahu, sebanyak 20,000 liang pori dipermukaan wajah. Sangat penting bagi kita untuk mendapatkan produk sedemikian untuk memelihara kecantikan. Ternyata gandingan dua produk ini menghasilkan keputusan yang diluar jangkaanmu. Lega apabila pori-pori wajah nampaknya semakin mengecil dan solekan pun semakin menyerlahkan seri  wajah.

IMG_4719

Cara aplikasi produk:

1) Pore Minimizer – Digunakan sebelum pelembap

2) Refiner – Skrub, digunakan dua kali seminggu

IMG_4722IMG_4746 IMG_4755

Mulakan dengan Microdermabrasion Refine, skrub yang mampu membersihkan wajahmu dua kali seminggu. Teksturnya dipercayai mencuci wajah lebih mendalam. Selepas dikeringkan, wajah dirasakan lebih mulus dan perasaan pun lebih segar dari sebelumnya. Kemudian barulah dioles lembut dengan Pore Minimizer yang bertekstur lembut.

Kerana teksturnya begitu, Pore Minimizer lebih mudah menyerap ke dasar kulit. Kamu dapat merasakan sapuan lembutmu mula menyerap secara mudah. Saya suka mengenakan produk ini sebelum bersolek.

IMG_4734IMG_4765IMG_4766

TimeWise® Pore Minimizer

Kajian telah dijalankan terhadap 10 wanita untuk menggunakan Mary Kay TimeWise® Pore Minimizer dua kali sehari selama tiga minggu. Ternyata lapan dari 10 wanita tadi gembira dengan hasil ditunjukkan pada kulitnya.

Serum ini menyediakan pertahanan setiap hari untuk mengawal pembesaran liang roma. Setelah merawat liang roma, secara tidak langsung tekstur kulit pun tampil lebih menawan. Saya memakainya siang sebelum ke acara dan sebelah malam juga. Tak sangka pula mendapat teguran dari teman saya itu.

Rasa saya, Pore Minimizer ini meninggalkan kelembapan pada kulit dan keseluruhannya kuli t jadi lebih jelas. Radang juga tidak lagi muncul setelah memakainya dan kamu selesa sepanjang hari. Merenung ke cermin, ternyata kompleksi wajah semakin sekata.

391222_GB_TWmicroderm_011_REV2Mary Kay Microdermabrasion

Keputusan Jelas Kelihatan Selepas Tiga Minggu

Ini adalah keputusan daripada kajian terhadap wanita tadi mampu menyedari perubahan pada wajah mereka setelah menggunakan Pore Minimizer.

  • Memberi lebih keyakinan – 80%
  • Menutup jelas liang roma – 83%
  • Memperbaiki penampilan kulit – 87%
  • Meninggalkan kulit lebih lembut – 90%

Formula serum ini sesuai buat semua jenis kulit dan tona kulit. TimeWise® Pore Minimizer memaparkan kombinasi ekstrak botanical untuk penghasilan berkesan pada kulit. Kehilangan ketegangan atau keanjalan kulit sepanjang tempoh usia meningkat menyebab liang roma terbuka. Ekstrak Persian silk tree bark dan ekstrak soybean ternyata membantu memberikan protin pada kulit agar mengetatkan semual liang roma dan keseluruhan kulit umumnya. Manakala ekstrak sea whip dan ekstrak  evodia fruit untuk menenangkan kulit.

Hubungi Independent Beauty Consultant kamu di 03-7711 7500 atau layari www.marykay.com.my untuk pembelian.

#marykaymysg #marykaymalaysia