Share

Memperkenalkan rangkaian MelaCEP Plus+ Luminous System, teristimewa untuk kulit wajah lebih mulus, cerah, suci,tona sekata dan hidrasi. Regim kecantikan lima produk rangkaian ini semestinya menjamin kepuasan sang pemakai.

Diformulasi dengan ekstrak edelweiss , ekstrak algae dan asid amino vegetable kemudiannya dicampur dengan targets melanin yang dipercayai mampu mengurangkan noda hitam pada wajah. Saya mencubanya terlebih dahulu (dua minggu) untuk melihat keberkesanannya.

Saya dapati noda hitam yang kian tumbuh mula menipis dan tekstur krim yang pekat pula menjadikan solekan saya lebih mulus. Saya mencuba rangkaian ini selama dua minggu sebelum berani melakukan rebiu di sini.

IMG_8910IMG_892520160401_142011

Memang krim ini menyerap lebih mudah menjadikan kulit bersinar dan mengubah. Memang tekstur creamy paling saya suka. Malah sepanjang kembara saya ke Langkawi, rangkaian produk ini menjadi pilihan hati.

IMG_8933

Foaming Cleanser, RM129/100ml

Saya mulakan dengan Foaming Cleanser, mencuci seluruh wajah setelah sepanjang hari memakai mekap. Bercampur pula kotoran dari persekitaran dan udara yang menempuh wajah. Semestinya cucian terperinci diperlukan. Cucian dengan MelaCEP Plus+ Luminous System adalah persediaan wajah untuk langkah penjagaan seterusnya. Pasti wajah lebih menyerlah kilauan keremajaan, tekstur lebih bagus, selain menyeri kulit kusam.

IMG_8938

Mask, RM169/85ml

Setelah itu pakai topeng wajah selama 10-15 minit. Wajah pasti lebih telus dan berseri-seri. Topeng ini semestinya menambah vitality wajah, melembap kulit yang membuat wajah bertambah lembut, lancar dan asli.

IMG_8932

Freshener, RM129/100ml

Serta-merta kulit jadi lebih cerah dan segar. Kulit wajah jadi berseri-seri semula jadi. Sapuan penyegar ini juga menyebabkan kulit lebih mudah menyerap. Selain kulit jadi lebih bersih, tiada juga rasa berminyak atau sebarang merimaskan selepas sapuan penyegar ini. Gunalah setiap hari selepas mencuci wajah.

IMG_8928

Serum, RM350/30ml

Mengandungi Hexylresorcinol, iaitu menunjukkan terdapatnya glutathione yang berfungsi untuk proses memuluskan wajah. Apabila usia semakin lanjut, pengeluaran glutathione secara semula jadi dari tubuh akan berkurang. Pemangkin glutathione dari serum ini pasti menambah bahan ini dan menyuntik lebih impak melanocytes, yang bertanggung jawab menghasilkan melanin kulit.

IMG_8930 IMG_8929

Cream, RM180/30ml

Membekalkan kelembapan 24 jam saat kamu menggunakannya siang dan malam. Krim ini ternyata membekal kelembapan sepanjang hari. Kulit wajah akan lebih lembap dan lembut. Kemudiannya menjadikan kulit lebih cerah. Ternyata selepas empat minggu, pigmentasi kulit lebih meningkat. Sebanyak 79% wajah wanita lebih putih dan 90% tekstur kulit wanita lebih meningkat.

IMG_8907

Kamu boleh rujuk konsultan solekan Mary Kay di 03-7711 7500 mulai April dan layari www.marykay.com.my untuk belian.