Biasa dengar, kecantikan luar bermula daripada dalam? Benar! Lalu Kinohimitsu mengambil pendekatan membuka Beauty Bar agar lebih dekat dengan pelanggan malah pengetahuan tentang keperluan kecantikan dan kesihatan mereka juga mudah sampai.
Memberi perkhidmatan peribadi dengan persekitaran selesa lagi mesra beserta perunding peribadi yang sedia memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai setiap produk. Pelanggan akan dihidang dengan mocktail istimewa, minuman kecantikan seperti J’pan UV Bright, Beauty Drink, Collagen Men dan banyak lagi.
“Kami percaya dengan idea tentang kecantikan datang dari dalam. Produk kami adalah pelengkap penjagaan kulit, dan ia berfungsi dengan berkesan untuk membersih, memulihkan, memberi keseimbangan dan memelihara kulit,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kino Biotech, Kawee Chong.
Saya berkesempatan ke pelancaran Bar Kecantikan atau Beatuy Bar di Parkson 1 Utama. Bar Kecantikan ini juga ada di Parkson Pavilion KL dan Parkson Imago Kota Kinabalu. Selain Malaysia, konsep sama juga dibuat di Singapura dan Vietnam.
Mengikut kefahaman saya produk Kinohimitsu ‘Freedon To Live’ ini dikeluarkan mengikut keperluan setiap individu—Golongan muda, dewasa, tua, wanita atau lelaki.
Semua produk Kinohimitsu diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan semula jadi, dan bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, pewarna atau hormon. Ia adalah 100% selamat dan dihasilkan di bawah standard kualiti yang paling ketat, dengan HACCP dan pensijilan halal.
Baru-baru ini produk yang diperkenalkan adalah BG Diamond dan Collagen Activ yang memberi manfaat kepada kesihatan dan kecantikan. Sarang Burung Royal, dibuat dengan menggunakan sarang burung tulen yang mempunyai kepekatan tinggi, sesuai dijadikan hadiah yang sempurna untuk Hari Bapa nanti.
Para pelanggan boleh menikmati promosi istimewa sempena pelancaran ‘Beauty Bar’ Kinohimitsu. Ini termasuk:
- Percuma mocktail Kinohimitsu di Beauty Bar Kinohimitsu
- Percuma Kinohimitsu Stemcell 50 ml X 6 botol dengan pembelian mana-mana produk sebanyak RM 500
- PWP Kinohimitsu Stemcell 50ml X 16 botol pada 50% diskaun dengan pembelian mana-mana produk sebanyak RM 200
- Percuma ‘Door Gift’
- Percuma analisis kulit, serta rundingan bersama pakar pemakanan
* Sementara stok masih ada dan pemberian kepada pelanggan yang terawal
Apa kata Iera Nadzlim, tamu ELEGAN yang mencuba Kinohimitsu buat kali pertama dan ini lah pengakuan jujurnya kepada saya.
“Kali pertama, aku berasa sedikit ragu-ragu untuk meminumnya sebab aku ingat rasanya pasti seperti ubat air. Tapi rupanya tidak sama sekali. Rasa buah! Tapi buah apa aku tak pasti. Tak dapat nak tangkap. Tapi sedap. Macam minum air buah yang dipasaran tu.
Minuman ini untuk wajah kita. Boleh menghilangkan parut jerawat, kulit berminyak dan sebagainya. Semua benda yang berkaitan dengan jerawat-jerawat lah. So dah dua minggu aku minum ni, aku dapat rasa kulit wajah aku dah kurang berminyak. Nak kata parut jerawat tu hilang atau pudar, aku tak alaminya lagi. Mungkin parut aku degil. Ni kotoran degil orang cakap.
Tapi memang kulit aku kurang berminyak. Selain untuk kulit, minuman ini ada khasiat lain juga. Untuk masalah sembelit pun bagus. Mungkin tu aku bangun pagi cepat-cepat saja hendak ke tandas. Haha.
Dia ada sukatan dia. Macam kalau nak rawat jerawat degil, minum dua kali sehari. Pagi dan malam. Tapi kalau untuk parut jerawat biasa atau sekadar mengekalkan kulit mulus, sehari sepeket pun sudah mencukupi.
So pendek kata, produk Kinohimitsu Clear Activ ini ada keberkesanannya. So kalau dah jenuh tenyeh muka guna sabun, cuba minuman pula. Mana tau ok. Haa… Macam moto hidup aku -Nak cantik, kenalah korban.”
















