Share

Tadi aku terima e-mel daripada kawan, katanya titipan e-mel daripada seorang kawannya. Mungkin bosan atau sekadar terkenangkan kisah lalu atau terfikirkan ketaranya berbezaan. Mungkin juga memikirkan bagaimana kita mampu menempuh dahulu kala tanpa teknologi. Cuba lihat sekeliling kita, masing-masing leka dengan telefon bimbit. Itu paling ketaralah.

Aku mahu berkongsi apa aku baca dan sedikit sebanyak menambahnya. Maklumlah yang mengusulkan perkara ini lelaki, jadi ada perkara-perkara yang keciciran. Katanya, bayi-bayi yang lahir pada tahun 1973 hingga 1984, kita membesar dengan menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks dan Mickey Mouse. Aku paling suka kartun JAM tentang kumpulan penyanyi wanita yang persis sekali Barbie doll. Ada juga Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Lagil satu Gaban dan Ultraman.

Berus gigi waktu rehat kat skolah rendah? Hhmm, mesti pegang cawan warna-warni kan… Mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat sebelah…

Ingat tak…?

Misi kat skolah masuk kelas dengan list dentist appointment… Pastu bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah ada gigi yang berlubang, kene laa tampal…

Ni sure korang ingat…

Program minum susu di sekolah. nak galakkan budak-budak. Masa tu minum susu… sekotak 30 sen je beb… Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen je kat kantin.

Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan… kan..? Aku pernah kena kutil, cubit la uols. Lepas tu ramai-ramai pergi tandas tengok merah ke tak. Paling ringan kena berdiri atas kerusi.

Masa sekolah menengah, korang mesti beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz… Atau pun kasut berzip yang boleh tukar-tukar corak. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu… Ada yang suka stoking tebal laaa… Itu lelaki. Kalau perempuan pula sekali tu trend kain senteng.

Internet? E-mel? Apa benda tu? Kat sekolah pun gilir-gilir belajar komputer. Lepas SPM ambil kelas komputer. Kira gila gempak kalau kat rumah ada komputer. Komputer ye, bukan laptop. E-mel tak ada dalam kamus hidup. Berhubung pakai surat saja. Walau pun ke luar Negara. Nak-nak bila ada pertukaran pelajar di sekolah, hot guy bermata biru. Pakai surat pun boleh…

Dulu tak perlu ada telefon bimbit tapi bila berjanji nak jumpa, masing-masing pandai tepati janji. Paling tak ada telefon publik depan sekolah. Telefon rumah yang bila nak dial kena pusing. Kalau bergayut lama sikit, kena jerit dengan ayah.

CD? DVD? Ape tu? kaset ada la…. Tiket wayang pun 5 Ringgit je…

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,

Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, ‘Ti Kam’.

Bile dah habih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng lah yang paling best sekali. Boleh beli aiskrim dengan apek kat luar sekola tuh… lotceng (macam meatball)… atau makan ABC letak jeruk mangga putik.

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

Lagi satu yang seronok mase Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa, rounders laa… Masa tu boleh cerita pasal orang diminati. Mungkin kelas sebelah atau senior setahun. Lepas tu pura-pura lemah dalam subjek Sains. Belajar berkumpulan konon.

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’ , ‘Police & Sentry’, main kejar-kejar duduk… Geng perempuan main lompat dengan tali getah, main masak-masak dan lain-lain sila tambah…

Kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak-banyak color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah-tengah! Tapi aiskrim tu ada lagi sekarang pun.

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling-baling kapur laa.

Hmm…budak-budak sekarang, bagi diorang, mana pernah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ atau kenal dengan NKOTB masa remaja mereka. NKOTB who? New Kids On The Block la ngok. Yang diaorag tahu, Westlife nyanyi…bukan Billy Joel atau Tiffany, Debbie Gibson nyanyi…

Kaorang ada rock kapak macam Gun N Roses, rambut panjang mengurai macam Search, Wings dan lain-lain… hehehe… tak sanggup nak sebut. Ada? Kau ada?

Siapa suka tengok T J Hooker? Chip? Charlies Angles? Little House on The Praire? Kemudian siri komedi Full House? Growing Pain? Fresh Prince of Bell Air?

Bagi diorang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorangg lahir.

CD pun wujud time diorang lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorang percaya Spiderman dan Incredible Hulk tu filem-filem baru.

Mereka berfesyen sekarang pun kembali pada era kita membesar dulu.

Nak hias rumah tiru konsep retro.

Diorang tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.

Diorang tak pernah tau pun ‘Atari’ dan ‘Game & Watch’. (erk, yang ni aku pun tak berapa pasti?)

Diorang tak percaya penah ada TV hitam putih… dan diorangg sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.

Dan diorang tak faham macam mana kite boleh survive dekat universiti tanpa handphone…

Hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. Kaorang faham apa yang kaorang baca kat atas ni, dan kaorang sedang tersenyum

2. Kebanyakan member-member sekolah menengah kita dah kahwin

3. Kaorang sure pelik bile tengok budak-budak kecil main komputer, selamba je (lima tahun dah pakai cermin mata tebal).

4. Kita geleng kepala bila tengok budak-budak sekolah menengah guna handphone

5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. Bile jumpe member lama dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite-cerita lama, cerite kelakar yang kita alami masa dulu time kecil, nakal-nakal dulu…

7. Last sekali, bila dah baca testimonial ni, kaorang akan terfikir untuk forwardkan dekat member-member lama kaorang.Sure diorang suka punya laa…heheh

Tapi apa yang pentinglahkan. Bila kenangkan saat ni semua dengan mendalam, mungkin ada di antara kita mengalirkan air mata..

Yelah mana taknya budak zaman sekarang walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yang sebegitu lagi..

Sayangnya masa begitu pantas berlalu…Dimanakah kita??

Aku nak tambah di sini, dalam pantasnya masa berlalu. Sepanjang tempoh ini ada yang menemui kebahagiaan, ada yang keciciran, ada yang lupa diri, ada yang gila glamor, ada yang jauh terpesong, ada yang berjaya, ada yang masih tidak bertegur sapa, ada yang kehilangan orang tercinta, ada juga di antara kenalan kita telah pun pergi mengadap Ilahi. Betapa hidup dirasakan sangat singkat… Lakukanlah apa yang sepatutnya…