Tatkala usia semakin meningkat memang lebih susah hendak tidur kadang-kadang boleh berjaga sampai 5 pagi.
Setelah beberapa hari dikejutkan pula dengan angka darah tinggi meningkat di bawah. Kepala pusing sampai empat hari, itu memang perlu pergi ke klinik. Pihak klinik pula takut untuk sewenang-wenang beri ubat, lalu mengeluarkan surat dan menyuruh saya ke hospital bahagian kecemasan.
Alkisah pula di wad kecemasan, ada pula doktor yang tidak langsung perama dan mengeluarkan kata-kata sinis. Saya sangkakan hospital swasta dibayar mahal tidak akan berani berkelakuan kurang ajar seperti itu. Saya akan cuba rujuk kesihatan ke hospital kerajaan selepas ini.
Sepanjang menjaga ibu di situ, tidak pula saya mendengar kerenah bukan-bukan. Pergi klinik pergigian kerajaan juga lebih cepat dan berpatutan. Sebelumnya kita masih berfikiran, hospital kerajaan lambat, nurse semua garang-garang. Salah ya. Cukuplah pengalaman saya terkena ini.
Kembali kepada cerita asal, lantas saya berbual-bual dengan sahabat baik. “Kenapa tak guna penutup mata macam orang putih pakai tu (sleep mask). Aku kalau ke luar negara, jet lag, benda tu lah aku pakai.”
Iyalah, saya ada satu dipakai kalau terbang malam. Lupa! Segera mendapatkan sleep mask dan mencubanya malam itu juga. Semburan wangian di bantal juga membantu. Ternyata saya lena sehingga pagi menjelang. Setelah itu masalah kepala pusing berkurang.
Bagi melengkapkan lagi aturan tidur, boleh juga menggunakan lamput Owl Night Light. Semuanya boleh didapati di Sephora. Kalau ada masalah sama, dah dapatkan sleep mask, kongsikan dengan saya pengalaman anda. Kalau nak kongsi bab hospital swasta vs hospital kerajaan pun boleh.