Share

Menonton babak sedih K-Drama dengan lakonan hebat dua pelakon utama, ah sebak. Namun apabila disambung melodi dan suara mendayu-dayu seiring waktu, boleh gugur air mata. Begitulah impak terbesar Runuk Lagu atau Original Soundtrack (OST). Dan, Ailee punya cara tersendiri mencungkil rasa penonton ketika mencipta lagu-lagu untuk runuk lagu dramanya.

Ratu OST Kdrama @aileeonline #iamhere di Malaysia pada malam 22 June 24 lalu. Dibawakan oleh @wearelol.asia bertempat di @megastararena_official Kuala Lumpur.  Ini kunjungan semula Ailee selepas lebih sedekad. Semestinya saat ini ditunggu-tunggu peminatnya Aileeans.

Ailee menyedari peminat di Malaysia rata-rata penggemar K-Drama. Dia menyanyikan lagu I Will Go to You Like the First Snow, OST Goblin dan Breaking Down, OST Doom at your Service. Seluruh peminat ibarat dibawa terbang ke babak-babak romantis drama tersebut.

Keterujaan peminat dapat dirasakan. Penggemar Ailee yang digelar Aileeans memberi kerjasama terbaik. Komunikasi mereka juga sangat penuh emosi, ada ketika mereka sama-sama ketawa penuh kelucuan. Mereka juga mengimbau kenangan lalu, satu saat mereka berkongsi sedih.

Aileeans juga ikut berdansa ketika dipenghujung acara. Hadiah diberi mereka kepada Ailee juga mengundang sebak seluruh dewan dan penyanyi AmerikaKorea itu menangis terharu. Hadiah baju kebaya dan kek diberikan. Jerit Aileeans mengusik, “Pakai dihari perkahwinanmu!”

10 PERKONGSIAN AILEE:
1. Dia gemar melihat warna-warna menerusi peminat.
2. Klip konsert Ailee menerima hadiah. Dia meminta pengarah mahu membawa hadiah sendiri. Rupa-rupanya hadiah daripada peminat yang masih disimpannya.
3. Kata Ailee dia makin sembuh merawat enxiety dialami demi peminat.
4. Kesepian dialami selepas kematian ibu akibat kanser dua tahun lepas. Setiap kali menyanyikan lagu ost Goblin I Will Go To Yoi Like The First Snow seolah-olah ibunya mendendangkan lagu itu.
5. Aileen agak gemuruh menyanyikan lagi OST Doom At Your Service, I’m Breaking Down kerana dia jarang menyanyikan lagi tersebut di konsert.
6. Kembalinya Ailee di Malaysia selepas sebelas tahun. Dia berjanji untuk kembali ke Malaysia lagi.
7. Seorang introvert dan suka berdiam di kamar sahaja.
8. Mahu meninggalkan legasi muzik sebagai tempat peminat sembuh dari segala masalah selepas mendengar lagu-lagunya.
9. Kerap mengucapkan terima kasih kepada team kerana setia ada disisinya.
10. Ailee enggan sekadar menyanyi tetapi mahu lebih banyak berinteraksi dengan peminat dan menganggap semua peminat sahabatnya.

Kesimpulannya, persembahan Ailee di malam I AM: HERE ini sangat menghiburkan malah dia lucu dan membuat kita ketawa. Kata-katanya juga mampu buat peminat sebak. Dia bukan sahaja penyanyi malah penghibur.

Dikhabarkan Ailee akan dibawa ke Jakarta, Indonesia pada Selasa, 30 Oktober 3024. Andai kata anda belum puas boleh merancang perjalanan ke sana. Untuk maklumat lanjut sila ke laman www.wearelol.asia dan tempah tempat anda segera.