PENULIS: NADYA
Siapa sebenarnya pembunuh? Itulah persoalan yang bakal membuatkan penonton terus terpaku apabila Murder Club: Liar’s Table mula ditayangkan secara eksklusif di Disney+ pada 29 Julai.
Menggabungkan elemen misteri, strategi dan teknologi AI, rancangan variasi Korea Selatan ini menawarkan pengalaman berbeza daripada game show biasa dengan jalan cerita yang penuh debaran dan teka-teki.
Dalam Murder Club: Liar’s Table, sekumpulan peserta terkenal ditempatkan dalam pelbagai latar yang dihidupkan melalui teknologi AI-generated video, daripada era Dinasti Joseon hinggalah ke padang besbol moden dan penjara. Setiap peserta perlu mengumpul petunjuk, menilai bukti dan mengenal pasti pembunuh sebenar yang bersembunyi dalam kalangan mereka. Pada masa sama, individu yang bersalah akan melakukan apa sahaja untuk mengelak identitinya terbongkar sehingga penghujung permainan.
Rancangan terbitan KJH Studio dan Skaper AI ini menampilkan barisan personaliti popular seperti Faker, Beomgyu (TOMORROW X TOGETHER), Max Changmin (TVXQ!), Pani Bottle, Shin Sungrok, Choi Yangrak, Eom Jiyoon, Kim Hyunsoo, Kim Seontae dan chef Park Juseong. Gabungan selebriti daripada dunia hiburan, e-sukan, sukan dan pencipta kandungan menjadikan setiap episod lebih menarik dengan pelbagai strategi serta aksi psikologi yang sukar dijangka.
Bagi peminat rancangan survival dan hiburan Korea, Murder Club: Liar’s Table pastinya antara tayangan yang tidak boleh dilepaskan. Siri ini akan mula distrim secara eksklusif di Disney+ bermula 29 Julai, menambah lagi koleksi kandungan Korea yang semakin mendapat perhatian penonton di seluruh rantau Asia Pasifik.





