Share

Ada di antara kamu sememangnya penggemar merawat diri persis di spa. Padahal kesibukan mencengkam diri memang sukar buatmu berkunjung ke sana memanjakan diri. Alah, buat sahaja sendiri di rumah. Kalau ada adik atau anak saudara, perintah sahaja mereka jadi tukang urut. Seronok bukan?

Musim cuti sekolah atau kolej paling seronok, kerana anak-anak buah berkumpul di kediaman kakak sulung. Menjelang petangnya, saya sudah ‘booking’ mereka untuk jadi tukang urut. Salah seorangnya mengurut kaki dan setelah itu saya terdengar dia bertanyakan adiknya, ada letak apa-apa ke wanginya. Saya lantas menjerit, kaki saya memag semula jadi wangi macam tu. Anak saudara saya itu lantas mencebik.

IMG_4806

 

Kalau hendak tahu, itu lah bau Polynesian Monoi Beauty Oil dari The Body Shop. Baunya sahaja sudah menyenangkan, apatah lagi khasiat di dalamnya. Malahan, kamu boleh juga memakainya pada hujung rambut untuk melembutkan mahkotamu. Saya diperkenalkan dengan rangkaian koleksi penjagaan tubuh Spa of the World™ di dalam perkhidmatan kenderaan persendirian Uber anjuran The Body Shop.

IMG-20150912-WA0001 IMG-20150912-WA0007

Mahu memiliki kelengkapan persis di spa, saya rasa ini lah rangkaian produk paling bersesuaian. Terutama aromanya sangat nyaman dan tidak menyengat di hidung. Disamping memperkenalkan produk ini, tangan saya diurut untuk menikmati sendiri keasyikan menggunakan Spa of the World™ ini. Ia merupakan ritual penjagaan kecantikan turun-temurun. Antara produk Spa of the World™ menjadi kesukaan saya adalah;

IMG_4809

Polynesian Monoi Radiance Oil

Merupakan minyak segar untuk tubuh dan rambut bersama bunga Tiare dari French Polynesia. Bunga ini digunakan sejak lebih 2,000 tahun oleh wanita pulau pasifik sebagai haruman tubuh dan rambut. Mulakan urutan kecil pada bahagian tubuh sehinggalah seluruh tubuh. Boleh juga mencuba sejumlah kecil di hujung rambut. Seandainya kamu berurut pastinya minyak turut terkena rambut. Jadi kamu tidak perlu segera mandi kerana khasiatnya juga bagus untuk rambut.

IMG_4811

African Ximenia Scrub

Skrub tubuh lembut dengan minyak dari Namibia, Afrika. Dari hasil benih buah ximenia yang diperkaya minyak yang meninggalkan kulit lebih licin dan lembut. Aplikasi dengan gerakan membulat pada tubuh. Minta bantuan untuk bahagian-bahagian sukar seperti belakang. Haruman yang nyaman sama menyenangkan dan tidak menyegat hidung. Saya senang mencubanya.

IMG_4813

Hawaiian Kukui Cream

Krim tubuh yang diperkaya oleh minyak Kukui dari Hawaii. Rahsia turun-temurun masyarakat Hawaii yang disampaikan kepada generasi ke generasi, minyak kukui ini membantu memulihkan kulit. Kamu pasti berasa lebih lembut. Memang minyak ini diperkaya dengan fatty acids dan vitamin dengan linoleic acid paling tinggi. Semestinya menjadikan minyak ini paling mewah, lembut dan kulit kering pun hilang.

Untuk wajah

IMG_4825

Cukup untuk tubuh, ini tentang kecantikan wajah pula menggunakan koleksi Oils Of Life™ iaitu minyak facial, krim dan gel krim dan essence lotion. Pastinya keluaran The Body Shop pastinya menyinar wajahmu. Terdapat cara mudah untuk menggunakan tiga produk ini. Tiga cara yang paling mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit mengikut keselesaan kamu.

IMG_4835

Oils Of Life™ Intensely Revitalising Essence Lotion

Goncang sebelum menggunakan kapas solekan dan menyapu ke seluruh wajah. Ia pasti membuat kulitmu bersedia untuk rawatan seterusnya.

IMG_4831

Oils Of Life™ Intensely Revitalising Facial Oil

Titik dua minyak facial dan ratakan pada tangan. Kemudian disapu lembut pada wajah dan setelah itu urut dari bahagian dagu sehingga ke dahi menggunakan tangan atau alatan facial wajah.

IMG_4829

Oils Of Life™ Intensely Revitalising Cream

Akhir sekali oles krim untuk proses paling akhir sebelum kamu berehat. Mudah bukan?