Share

Hati sudah berkata-kata, aku ni kulit sudah kelihatan agak kering teruk. Rasa kurang selesa mula melanda. Perasan semua orang tengok bahagian-bahagian tertentu seperti siku, lengan, kaki, tumit dan betis yang mula bersisik. Rasa nak menyorok, badan nak dikecil-kecilkan tetapi mustahil lah kan. Jangan nak senyum…

Lalu saya mengintai gerobok menyimpan segala khazanah saya. Saat ini saya sangat memerlukan bantuan dan beberapa produk bermain di fikiran. Begitupun kamu perlu memilih yang benar-benar sesuai dengan kulit. Dan, hanya kamu yang memahami keperluan kulit kamu itu.

IMG_3905

The Body Shop Vitamin C Glow Boosting Moisturiser

Memang dikhususkan untuk membuang kulit kering, menambah seri kulit kusam dan ternyata wajah tidak lagi kelihatan penat. Malah Boost Glow menjadikan kulitmu sihat. Memberi tenaga dan kesegaran. Krim gel ini paling penting melembapkan kulit dari dehidrasi. Pabila dioles ke wajah, bau oren membuai perasaan. Bukan setakap kulit jadi segar, emosimu juga bertukar ceria. Ketika sapuan, urut sedikit selepas penggunaan serum. Oh, elak bahagian mata.

IMG_3908
L’OCCITANE Perfecting Mist

Mampu melembapkan kulit selama lapan jam selain membantu mengurangkan kehadiran liang roma, kulit jadi lebih sekata dan wajah lebih segar. Solekan pun lebih sebati dikulit wajah selepas semburannya. Tidak langsung mengusik solekan. Andai mata mula berat dan wajah terasa mula tegang, semburan L’OCCITANE Perfecting Mist pasti memberi kelembapan dan kesegaran sekelip mata.

The Body Shop Fuji Green Tea Body Sorbet

Satu lagi losen menyegarkan buat tubuh. Tekstur sorbet yang ringan pantas menyerap ke dalam kulit dan sekali gus melembapkan kulit selama 24 jam. Semestinya tiada lagi perasaan rendah diri tatkala ada mata memandang. Kulit kelihatan lebih segar dan bermaya.

IMG_3909

Les Tentations Mediterraneennes Rose Water

Diperkaya dengan French Rose Water, Italian Alpine Apple dan Greek Pink Rockrose yang membantu melembap, menyegarkan dan mencerahkan kulit. Jemarimu semestinya lebih lembut. Eksklusif hanya boleh didapati di Guardian, losen ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja di dalam tas tangan.

IMG_3904

Laneige Water Sleeping Mask

Berikan lebih kepada kulit wajah dengan memakai krim malam untuk penjagaan berpanjangan. Laneige Water Sleeping Mask dikhususkan untuk melembap kulit sepanjang malam. Esoknya wajahmu akan tampak lebih segar dan berseri-seri. Gel ice-blue ini berharuman ros, cepat meresap di kulit. Malah, tiada rasa melekit dan tidurmu pasti nyenyak.

Laneige Lip Sleeping Mask

Pabila berlakunya dehidrasi, bibir mula menggelupas. Salap bibir hanya mampu bertindak memelihara kulit bibir pada siang hari. Kehadiran Laneige Lip Sleeping Mask semestinya untuk merawat lebih daripada itu. Teknologi eksklusifnya mengunci kesemua khasiat untuk meresap dan bekerja merawat bibir di malam hari. Diperkaya vitamin C dari campuran ekstrak raspberry, strawberry, cranberry, blueberry, semestinya esok hari bibir jadi lebih lembut

Menangi HADIAH MISTERI Elegan Raya 
Kami mencari 2 pemenang HADIAH MISTERI bernilai RM 100 setiap seorang

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah misteri dengan cara berikut;

  1. Like Elegan fan page di facebook.com/eleganblog
  2. Share entri ini di media sosial kamu—Facebook & twitter
  3. Nyatakan kepada saya kenapa kamu mahu menang (tidak lebih 15 perkataan)?
  4. Isi maklumat peribadi kamu (nama penuh, e-mel) di ruangan borang mesej di bawah.

Siapa cepat dia dapat, berakhir 12 tengah malam ini dan pemenang akan diumumkan menerusi e-mel.

Sila isi borang di bawah ini.

[contact-form-7 id=”2605″ title=”Contact form 1″]