Share

The Face Shop menawarkan satu lagi produk baru yang semestinya mengembirakan si gadis. Warnanya oh sangat berani. Kalau nak pengilat bibir yang tahan lama kelembapannya, warna kekal sama dalam tempoh 12 jam dan alat sapuan mirip mata pen dakwat membentuk bibir mungil cantik. Ayuh, saya kongsi pengalaman mencuba Ink Lipquid.

Ciptaan warna bibir di tahap baru. Terdapat gincu yang berfungsi sebagai lip stick, lip gloss dan lip tint. Semua dalam satu. Kategori mekap terbaharu mirip ‘lip gloss’ tetapi menggabungkan dua perkataan ini—Lip + Liquid. Bunyinya pun sudah menggambarkan fungsinya yang mampu melembapkan bibir lebih lama.

Kiranya melembapkan bibir adalah kelebihan utama Ink Lipquid. Tahan 12 jam dengan adanya lembapan asas serum. Kekal melembapkan bibir dengan 70% berasaskan air dan telah diuji secara klinikal. Warna juga bertahan 12 jam kerana kelikatan teksturnya. Kamu memakai dengan nipis pun sudah memadai liputannya.

IMG_2600IMG_2603

Saya mencuba RD02 Red Sing, OR02 Orange Some dan PK03 Shah Pink. Sekali oles warna terangnya membuat saya terhenti seketika. Kebiasaan saya dengan kulit gelap ini pasti warna nude menjadi pilihan. Namun, warna-warna saya cuba ini menyerlahkan wajah saya sepenuhnya.

Teknologi Moisture Holding System digunakan mampu mengekalkan kelembapan kerana kandungan water-holding telah mencipta satu lapisan kelebapan untuk sejat kelembapan. Tambahan pula terdapat Ink Staying Polymer membantu mengekalkan kesegaran dan kebersihan solekan.

Presentation1

Warna pada bibir – 1. PK03 Shah Pink 2. OR02 Orange Some 3. RD02 Red Sing

Khasiatnya juga berbeza-beza di antara warna dikeluarkan. Untuk merah jambu & ungu, terkandung ekstrak willow herb. Bagi beige, coral dan jingga pula mengandungi ekstrak saffron. Manakala merah dan coklat pula terkandung ekstrak apple blossoms. Kekal semula jadi tetapi pilihan warnanya kuat dan tak ditelan waktu. Rasanya juga enak saat sapuan lembut dikenakan di bibir.

IMG_2625IMG_2627
Boleh pilih daripada 12 warna yang disediakan seperti;PP01 COTTON LAVENDER/ PK01 PINK SCARF/ PK02 RACING PINK/ PK03 SHAH PINK/ PK04 PINK HOMMAGE/ CR01 CORAL CHU/ OR01 ORANGE SCENE/ OR02 ORANGE SOME/ BE01 TALK BEIGE/ BR01 ROSE MARSALA/ RD01 APPLE RED/ RD02 RED SING/

Ink Lipquid akan di pasaran tidak lama lagi. Untuk ketahui lebih lanjut, layari www.thefaceshop.com/www.facebook.com/thefaceshopkorea