Share

Tidak hairanlah dia terpilih sebagai duta serantau Koleksi Skechers The UNO Collection selepas Doja Cat, sebagai Artis in Residence Pertama Sketchers bagi koleksi sama. Doja Cat pula antara penyanyi rap berkualiti mendominasi Grammy dan trafik tertinggi spotify. Doja Cat tampil sebagai inspirasi Y2K cyberpunk dan anime di dalam kempen ‘Doja Cat vs Doja Cat’.

Video kempen ‘For Your Every Scene’ Cha Eun-woo pula menampilkan koleksi terbaru The UNO yang disarung selesa dalam apa juga keadaan. Tujuan utama adalah memberi inspirasi kepada pengguna dalam kehidupan mereka ketika mengembara dan penambah gaya. Video dinamik ini bermula dengan langkah yakin Cha Eun-woo memulakan harinya. Segak dalam persalinan jaket Skechers Varsity yang trendi. 

Melangkah keluar lif, figura Cha Eun-woo mendapat perhatian media. Klik kamera bergemerlapan memenuhi ruang. Senyumannya seiring dengan penampilan. Suasana berlatarkan suara lelaki kacak itu pasti menawan hati. Penuh yakin. Kemudian transisi penampilan dari kasual ke semi-kasual ketika berada di set lakonan. Blazer disarung pada kemeja-T Skechers sekali lagi menampilkan keselesaan penuh gaya di dalam kehidupan sehariannya. 

Video kempen ini menampilkan keyakinan, karisma, dan gaya chic pelakon dan penyanyi Cha Eun-woo dalam variasi persalinan koleksi Skechers The UNO. Kempen ini juga dilancarkan serentak di Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong, Filipina, Indonesia, dan Vietnam. Selain itu, video kempen ini akan muncul di pelbagai platform media dan pemasaran termasuk di atas talian, media sosial serta pengiklanan di dalam dan luar butik.


Cubalah sarung sepasang kasut koleksi Skechers The UNO dan ubah gaya peribadi anda lebih selesa semestinya.

Koleksi SKECHERS THE UNO

Koleksi kali ini amat bersesuaian dengan imej kedua celebriti dengan ledakan warna berani koleksi wanita dan juga lelaki. Hadir dalam tujuh warna, setiap satu direka khusus memberi pengalaman melangkah paling selesa dan menyenangkan. Malah, sesuai disarung dengan semua pakaian dalam koleksi almari anda. 

Pasti ada warna yang menari perhatian anda – Putih, Hitam, Merah, Hijau Limau, Lautan, Merah Jambu Panas, dan Blush. Setiap rekaan pula menitikberatkan rekaan berteknologi tinggi dengan adanya The Skechers Air-Cooled Memory Foam® untuk kasut yang empuk dan The Skech-Air® yang memberi visible air-cushioned bagi memastikan keselesaan maksimum apabila dipakai.

Manjakan kaki anda dengan keselesaan yang luar biasa bersama koleksi Skechers The UNO yang baru ini. Reka bentuk sneaker fesyen ikatan tali klasik ini hadir dalam lima pilihan warna untuk lelaki, termasuk merah dan hijau limau; dan dua pilihan untuk wanita.

*Hanya tersedia di kedai-kedai Skechers terpilih di 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, dan lain-lain. 

Dijual pada harga RM399 setiap satu, koleksi Skechers The UNO penuh kini boleh didapati dan boleh dibeli dalam talian melalui www.skechers.com.my, Shopee, dan Lazada.

lebih lanjut –

Untuk meneroka koleksi Skechers The UNO penuh secara langsung, lawati kedai konsep Skechers terpilih termasuk 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, dan banyak lagi.

#SkechersMY #SkechersTheUNO #SkechersXChaEunWoo #SkechersXDojaCat