Hari Ahad, hari malas! Hari ini jaga bonda sahaja. Selepas tengok TV sambil masak, lari keluar dapur, berlari ke depan TV. Kini masanya nak kemas kini blog. Sambil tu dengar lagu Zayn Malik yang merdu ni. Slang British lah katakan. Apa resipi pemanis mudah untuk dimakan. Klik lagu sambil baca blog okay…
Menjelang petang, rasa nak minum kopi pula. Apalah agak-agaknya pemanis paling mudah nak buat untuk dipadankan dengan kopi. Resipi paling ringkas yang biasa ada di dalam rumah. Tak perlu nak berlari keluar ke pasaraya beli barang. Resipi mudah yang boleh capai-capai sahaja.
Bahan-bahan di atas ini paling penting. Biskut memang ada dalam almari, susu penuh krim, susu pekat dan Philadelphia. Oh, jangan lupa milo atau nestum untuk ditabur pada lapisan atas kek Cheeskut ini nanti.
Mudah sahaja nak buat. Kisar cheese dengan susu pekat. Lebih mudah sukatan, ikut kata hati. Nak manis atau kurang manis terserah selera masing-masing. Kemudian susu cair adalah untuk dicelup biskut sebelum disusun di dalam bekas.
Lepas susunan pertama, salut bahan cheese dan susu pekat dan susun selapis lagi biskut. Susun sampailah setinggi mana kamu mahukan Cheeskut kamu itu. Ikut kata hati lagi.
Ini bahagian paling best. Akhirnya boleh tabur nestum tapi kalau tak ada, milo pun boleh. Dan, tak perlu nak bakar atau kukus, Masukkan sahaja dalam peti sejuk dan tunggu sehingga keras. Masa menikmatinya, rasa sejuk bercampur manisnya susu dan cheese… Yummm…
Habis lagu, kek Cheesekut pun siap. Dah cuba, komen tau. Share gambar nak tengok!