Share

Kemeriahan Tahun Baru Cina tahun naga dapat dirasakan. Persediaan sudah lengkap, hanya menunggu keluarga dan sahabat taulan pulang ke kota. Apakah perancangan anda tabun ini?

Kebiasaan di musim perayaan, orang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Namun, terdapat juga mereka yang pulang ke bandar untuk bertemu keluarga. Apakah cara anda meraikan Tahun Baru Cina cara orang kota selain makan besar seisi keluarga.

Pullman KLCC Hotel & Residences memulakan tahun 2024 dengan suasana gembira! Bagi meraikan Zodiak tahun ini, iaitu Tahun Naga Pullman dengan betemakan Golden Lunar menghidangkan set menu perayaan, yee sang lobster sashimi, hamper, biskut, dan bermacam lagi.

MINUM PETANG

Banyak menu pilihan termasuk CNY themed Afternoon Tea yang mewah dengan manisan enak. Hidangan pemanis dan savoury enak cukup untuk mengeratkan keluarga kecil anda.

MAKAN MALAM ENAK

Sama ada anda mengadakan perhimpunan keluarga atau perhimpunan penghargaan korporat, empat set menu memperkayakan kegembiraan dan kepentingan dengan hidangan yang penuh keberkatan. Tersedia untuk makan tengahari dan makan malam.

HADIAH HARI LUNAR

Bagi anda yang menghargai persaudaraan atau persahabatan pula, boleh hadiahi set cenderahati dari Pullman ini. Berkunjung ke rumah tamu lebih sopan membawa buah tandan kupada tuan rumah.

Apa juga cara anda menyambut Hari Lunar 2024, menjamu keluarga, sahabat atau klien paling penting. Kebahagiaan semestinya dimulakan di perut. Tepuk dada, tanya selera!

Promosi ini tersedia dari 15 Januari hingga 25 Februari 2024.