Share

PENULIS: NADYA

 

Siapa sangka secawan cendol boleh membawa misi memelihara warisan tempatan?

Itulah yang cuba diketengahkan oleh Koppiku Cendol Series, rangkaian minuman baharu yang menggabungkan rasa autentik cendol dengan sentuhan moden. Dilancarkan pada 22 Jun 2026, Koppiku bukan sahaja memperkenalkan pilihan minuman berinspirasikan cendol, malah mengajak rakyat Malaysia terus menghargai penjual cendol tradisional yang semakin berkurangan.

Koppiku Cendol Series boleh didapati di 55 cawangan Koppiku di seluruh negara dengan tiga pilihan iaitu Cendol, Cendol Durian dan Cendol Latte. Setiap minuman dihasilkan menggunakan Kara Barista Coconut Milk, gula melaka, jagung dan cendol hijau bagi mengekalkan rasa lemak santan yang menjadi identiti cendol klasik. Bagi penggemar durian, Cendol Durian menawarkan rasa lebih pekat dengan puri durian D24, manakala Cendol Latte menggabungkan keunikan kopi khas Koppiku bersama rasa cendol yang menyegarkan.

Lebih daripada sekadar pelancaran menu baharu, Koppiku turut memperkenalkan Koppiku Cendol Stories, sebuah inisiatif yang mengetengahkan kisah penjual cendol veteran di seluruh Malaysia. Usaha ini bertujuan menggalakkan orang ramai mengunjungi gerai cendol tradisional serta memberi penghargaan kepada pengusaha yang telah mengekalkan resipi warisan turun-temurun di sebalik populariti hidangan ikonik ini.

Pelancaran Koppiku Cendol Series bertepatan dengan kempen Visit Malaysia 2026, ketika makanan tempatan terus menjadi daya tarikan utama kepada pelancong. Dengan menggabungkan inovasi dan warisan dalam satu minuman, Koppiku bukan sahaja menawarkan pengalaman menikmati cendol dalam format moden, malah mengangkat semula nilai budaya serta memastikan penjual cendol tradisional terus dikenali oleh generasi akan datang.