PENULIS: NADYA
Bayangkan satu festival yang bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi inspirasi untuk hidup lebih sihat dan berkualiti.
Itulah yang dibawakan oleh ThriveFest, platform wellness dan longevity terbaru oleh LOL Asia yang menggabungkan kecergasan, kesihatan mental, pemakanan, komuniti dan gaya hidup sihat dalam satu pengalaman yang unik. Jika anda ingin memulakan perjalanan ke arah kehidupan yang lebih seimbang, inilah acara yang tidak patut dilepaskan.
Melihat kepada perkembangan pesat industri wellness global yang kini dianggarkan bernilai USD6.8 trilion, LOL Asia mengambil langkah ke hadapan dengan memperkenalkan ThriveFest sebagai sebuah platform yang lebih daripada sekadar festival. Tahun ini, orang ramai boleh menyertai ThrivePlay pada 8 Ogos 2026 di Ascaro @ TREC Kuala Lumpur, diikuti ThriveSplash 2.0 pada 5 hingga 6 September 2026 di Babel Fitness TTDI. Kedua-dua acara ini bakal menghimpunkan pelbagai aktiviti kecergasan, sesi perkongsian pakar, pengalaman pemulihan badan (recovery), komuniti aktif dan pameran jenama kesihatan.
Menurut Dr. Aiesha Asmadi, Pengasas Bersama ThriveFest, dunia kini sedang menyaksikan perubahan besar dalam cara masyarakat menjaga kesihatan. “Globally, we are witnessing a shift from reactive healthcare towards proactive healthspan management. People want to remain energetic, independent and productive for longer.” Beliau turut percaya Malaysia mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai destinasi wellness serantau berikutan kemudahan penjagaan kesihatan bertaraf dunia, sektor pelancongan perubatan yang kukuh serta ekosistem pengamal wellness yang semakin berkembang. ThriveFest diwujudkan bagi menyokong perubahan ini dengan menjadikan gaya hidup sihat lebih mudah diakses, menyeronokkan dan relevan untuk semua.
Selain aktiviti yang menarik, ThriveFest turut menjadi platform yang menghubungkan komuniti, kandungan pendidikan, inovasi kesihatan dan kerjasama bersama pelbagai jenama dalam industri wellness. Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal, masyarakat hari ini semakin memberi tumpuan kepada pencegahan, prestasi dan kesejahteraan jangka panjang, bukan sekadar rawatan apabila sakit. Pendekatan inilah yang menjadi asas kepada pembangunan ThriveFest sebagai sebuah platform yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini! Dapatkan tiket ThrivePlay bermula 26 Jun jam 10.00 pagi di thrive.tixr.com/thriveplay dan ikuti @thrivers.asia untuk maklumat terkini. Sama ada anda seorang pencinta kecergasan, ingin memulakan gaya hidup lebih sihat atau sekadar mencari inspirasi baharu, ThriveFest adalah destinasi terbaik untuk memulakan langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.













