Share

Sabtu itu saya diundang ke SKINFOOD kerana ada produk baru hendak diperkenalkan. Jarang-jarang keluar, ini lah peluang saya mendalami SKINFOOD.

Tiba di kedai SKINFOOD saya dipelawa mengintai seluruh ruang. Tetapi terlebih dahulu, mestilah satu produk berupa madu dihulurkan kepada saya.

“Ini lah produk baru tu. Hanya akan dipasarkan di beberapa kedai seperti One Utama, Mid Valley dan beberapa tempat lagi di luar KL.”

20150905_151643 20150905_151545 20150905_151537

Saya memegang Royal Honey Propolis Essence dan teringin memgetahui kelebihannya. Royal Honey Propolis Essence mengandungi 50% ekstrak Black Bee Propolis, 20% ekstrak Royal Jelly dan 10% ekstrak Royal Black Honey. Mudah sekali kalau mahu menghindari kulit kering, kedut, garis halus dan kulit kusam. Wajahmu akan lebih lembut dan cerah kelak.

Panjang perbualan kami lantas saya mahu mengintai produk terbaik di dalam kedai itu untuk anti penuaan. Saya perlu buang kelemahan tidak senang sama sekali memakai krim malam. Saya siasat lagi produk mana yang sesuai.

Saya diberi Royal Honey Toner, Royal Honey Emulsion dan semestinya Royal Honey Propolis Essence. Tetapi saya rasa lebih lengkap lagi mencuba produk baharu dengan padanan produk-produk lain.

20150905_120618 20150905_115028 20150905_114843

Saya membeli barangan SKINFOOD lain seperti Black Sugar Cleasing Oil, Black Sugar Mask Wash, Royal Honey Eye Cream dan Royal Honey Hydro Massage Gel.

Pagi selepas mencuci boleh mengenakan toner, lindungi mata dengan krimnya, sapu Royal Honey Propolis dan kemudian Royal Honey Emulsion. Nah, baru lah boleh muka bersolek.

Malam proses sama namun ditukar pada Royal Honey Hydro Massage Gel. Ternyata tidak langsung ada kesan berminyak, melekit atau apa-apa lagi yang tidak diingini. Cukup sempurna.