Share

Paling asas dalam sapuan solekan wajah adalah mengoles DD Cream. Penting untuk wajah mendapat perlindungan sehari-hari dari sinar matahari terik. Saya temui pelindung wajah berkesan dengan ketahanan 15 jam.

Sebelum ini kita diperkenalkan BB Cream dan CC Cream tetapi kini DD Cream pula hadir lebih baik dari produk sedia ada. DD Cream by Rich & Fabulous Beauty adalah pelindung harian penting dan disarankan oleh mekap artis selebriti. Bermacam cara mahu memakainya sama ada menggunakan sebelum solekan sepenuhnya atau diletakkan di atas solekan. Sementelah, krim ini memiliki warna kulit dan ada pula yang hanya memakai DD krim ini sebagai bedak asas.

Berikut adalah YouTube bagaimana saya menggunakan DD Cream by Rich & Fabulous Beauty dengan solekan sepenuhnya.

Krim BB mula diperkenalkan di Selatan Korea dan popular di Asia. Setelah itu BB Cream ini dinaiktaraf sebagai CC Cream dan kemudian DD krim. DD Cream atau Dynamic Duo Cream adalah kombinasi khasiat yang terdapat di dalam BB dan CC Cream iaitu melindungi kulit, menjadikan kulit lebih sekata dan menjadi bedak asas.

Kini ada krim DD pertama di Malaysia yang dihasilkan oleh Rich & Fabulous Beauty yang mampu bertahan selama 15 hari. Krim ini mampu melembap kulit, anti penuaan, melindungi, menyeri kulit, menjadikan kulit lebih sekata dan mengecilkan liang roma. Selain itu mengelak radang, melindungi antioksidan, menyerlahkan kulit, memberi liputan dan memelihara kulit. IMG_8149IMG_8491

Saya menggunakan DD Cream sebagai asas solekan selepas mengenakan pelembap wajah. Kiranya pengganti primer pada solekan sebelum mengenakan solekan lengkap. Boleh juga dijadikan pembetul warna kulit terutama di bawah mata. Sapukan DD Cream ini lebih banyak pada bahagian tersebut.

Memandangkan tonanya lebih cerah, ia juga mampu saya jadikan concealer wajah. Kemudian barulah disapu krim foundation atau bedak asas. Sepanjang hari ditempuh dengan ke event dan membeli-belah petangnya, wajah saya kekal berseri-seri. Solekan pun kekal tahan lama dengan hanya menambah gincu.

IMG_849320151202_094841 20151202_094946

Sangat selesa menggunakan DD Cream ini tanpa rasa ada melekit pada wajah walaupun kulit saya campuran kulit berminyak di T zone dan kering pada bahagian lain. Kadang-kadang kesibukan membuatkan saya tidak sempat langsung untuk touch up atau merapi semula wajah. Ternyata krim ini penyelamat hari saya. Cubalah!