Nikmati Keindahan Musim Perayaan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City di mana kenangan indah tercipta, dibalut dengan keceriaan dan gelak tawa. Daripada hidangan mewah hingga penginapan yang istimewa, destinasi ini menyediakan segala yang anda perlukan untuk meraikan kegembiraan musim perayaan Hari Natal bersama insan tersayang.
Musim ini dimulakan dengan majlis penyalaan pokok perayaan yang penuh magis, sebelum tetamu dibawa menuju ke Makan Kitchen untuk menikmati jamuan perayaan. Pakar kulinari telah menyediakan pelbagai hidangan istimewa yang memukau selera anda. Kongsi detik istimewa bersama orang tersayang sambil menikmati hidangan yang lazat untuk menjadikan musim perayaan ini benar-benar bermakna.
“Diilhamkan oleh musim perayaan dan perjalanan saya sebagai seorang cef, menu ini mencerminkan pengaruh kulinari daripada cef-cef hebat yang pernah saya bekerjasama. Ia merangkumi semangat perayaan dengan menggabungkan pelbagai teknik dan rasa yang unik. Bahagian pencuci mulut menjadi tumpuan, menampilkan pelbagai hidangan manis yang dirancang untuk membawa kegembiraan dalam setiap gigitan.”
Kejutan buat tamu terutama kanak-kanak, adanya Panettone Sandwich with Ginger Gelato dan Nitrogen-Frozen Berries Tea Infusion with Milk Chocola. Keramahan chef pasti memberi suasana lebih mesra.
Selain hidangan gastronomi, si kecil juga pasti teruja dengan aktiviti khas yang kami sediakan untuk mereka. Antaranya termasuk Roda Berputar, Balingan Cawan, Menghias Biskut, dan Mewarna Santa, yang menambah semangat perayaan dan menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Para tetamu juga dijemput untuk menyambut kedatangan Tahun Baharu dengan gaya tersendiri di Axis Lounge, menjanjikan perpisahan yang tidak terlupakan untuk tahun 2024 dan permulaan gemilang bagi tahun 2025. Untuk maklumat lanjut, hubungi
+603 5650 0200, atau e-mel SZBSA_FB@Hilton.com atau layari EatDrinkHilton.com