Share

PENULIS: NADYA

Ramadan pada tahun ini amat menarik dengan kepelbagaian dalam tema makanan. Memikirkan keseronokan dalam berbuka puasa dengan makanan yang enak dan juga mencuba pelbagai jenis makanan yang ada kelainan.

Terdapat tiga tema utama di Makan Kitchen @Doubletree by Hilton Kuala Lumpur iaitu ‘Malay Kitchen’, ’Indian Kitchen dan ‘Chinese Kitchen’ untuk di cuba dari pelbagai jenis masakan. Ada beberapa menu yang saya rasa boleh dicuba dan boleh dinikmati untuk berbuka puasa nanti.

Antara semua hidangan menu yang hebat yang sangat berbaloi untuk dicuba adalah Chef’s Umar’s Marinated Whole Lamb with Kizu Spices, Ayam Golek Serai Kelulut Madu, Sum Sum Tulang Bakar dengan Roti Bakar Benggali dan Chocolate Peanut Butter Cake.

Semua kakitangan juga sangat baik dalam memberi layanan istimewa. Selain pelbagai makanan yang boleh dinikmati terdapat juga persembahan Ghazal Tradisional bagi menemani anda sambil berbuka puasa untuk suasana yang ceria dan tenang.

Marilah bersama-sama menikmati sajian yang hebat bersama keluarga, sahabat handai mahupun rakan sekerja untuk mengeratkan lagi jalinan bermula 1 Mac sehingga 30 Mac. Bukan sahaja terbuka kepada yang berpuasa namun boleh juga kaum lain untuk sama-sama meramaikan dan meraikan bulan Ramadan bersama.