Share

Sejak bertugas di Malaysia Airlines dahulu saya sudah minat dengan solekan. Ketika separuh masa bertugas di Lapangan Terbang sebagai ‘ground staff’, saya diberi kelas ‘grooming’ bagaimana mahu berwajah cantik ketika menyarung kebaya seragam. Semua sudah saya cuba celak konvensional—kompak, debu dan bebola. Saat menerima bungkusan berisi Elianto Long Wear Eyeshadow Stick, saya teruja mahu mencubanya. 

Kisahnya, saya baru dua bulan memulakan kerjaya di Gemfive. Setiap hari perlu bergegas bangun pagi seawal 6.30 pagi, bersiap pantas dan keluar rumah seawal pagi. Ini kali pertama saya bertugas di pusat bandar Kuala Lumpur. Menuju ke Jalan Perak setiap pagi sangat mencabar. Lambat sedikit keluar, pasti saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

IMG_2754

Kadang-kadang saya juga pasti bermalas-malas hendak bangun. Jadi saya mencuri waktu di depan cermin tetapi saya tidak mungkin membawa tabiat bersolek di pejabat. Tiba di meja kerja pasti kesibukan membuat saya tidak punya waktu untuk berias.

Jadi saya mengambil kesempatan ini membuat eksperimen dengan pembayang mata pensel Elianto ini. Selama dua minggu menggunakannya, saya dapati Elianto Long Wear Eyeshadow Stick banyak membantu. Ternyata lebih mudah dan cepat untuk saya bersiap-siap ke pejabat.

Hadir dalam enam warna—Putih, Coklat, Biru, Biru Navy, Ungu dan Hitam. Bereksperimen dengan enam warna ini sungguh menyeronokkan. Oh, memang saya paling cerewet untuk menyolek bahagian mata. Mata saya ini agak manja kerana berbentuk dalam, sepet dan tiada kelopak mata.

Kalau silap oles warna, buka mata sahaja, warna itu hilang ditelan kelopak yang ke dalam. Melukis celak juga perlu yang benar-benar cepat kering dan kekal lama. Bagi menggabungkan dua atau tiga warna pembayang mata pensel ini lebih mudah dioles sebati. Hanya satu sapuan, warnanya sudah

649lmUNmHYLFiHOjkbrT3jfpWurm-a4sH6EEiox1Emo 5UE1TP-Kvr6XOY2C1XsTr6YovHEkSRM6Qhms8fK_-6g

Selama ini saya senang menggunakan liquid dan melukisnya dengan berus. Saya baru sahaja mahir dan cuba kamu bayangkan berapa lama saya perlukan masa untuk menyempurnakan solekan mata saya itu. Cuba bayangkan lagi, apabila perlu mengejar waktu pastinya produk ini menjadi pilihan.

Formula kalis air memastikan pembayang mata Elianto lembut, tidak comot dan tahan sepanjang hari. Teksturnya selembut baldu dan sedikit berkilat. Saya pula memang ‘ratu bling-bling’. Apa sahaja solekan berkilau pasti saya suka. Begitupun sangat ringan di mata, kamu pasti merasakan seolah-olah tidak memakai apa-apa pembayang mata. 

Saya juga teruja untuk melihat hasilnya pada dua warna kulit. Saya berkulit caramel gelap dan ternyata warnanya sesuai jika bijak mengadunnya. Bagaimana pula dengan mereka berkulit cerah. Rakan saya, Carol Lam ada pendapatnya sendiri mengenai pembayang mata pensel ini.

IMG_2761l-YceVrEwyy4oQFxDuLw5_0aIP3UylpOVpy6G24gkcs

“Recently, I was invited for another round of product testing by www.marinimz.com. This round its Elianto Long Wear Eyeshadow Stick and I selected a white shade. This product is wax based with easy application to apply on the eyelids. Apart from that, it’s water proof & smudge proof ( I tend to sweat easily so this pencil will come in super handy)

I used Elianto Long Wear Eyeshadow Stick (white shade) to highlight my brow area & inner corners of my eyes. The quality is soft with creamy texture and it applies smoothly on my eyes and blends easily as well (used my fore finger). This product also comes with a mini sharpener attached to the bottom of it, thus making it super convenient to carry around. However, I find it hard to use as an eyeliner due to the tip of the eyeshadow is thick. So if you’re looking for a good, non messy, easy to apply eyeshadow I strongly recommend you to try this!” – Carol Lam