Kolaborasi memukau Hatta dan Yuna dengan penampilan koleksi fesyen Nouva Flora berjaya mengikat mata tetamu yang hadir di acara gemilang berlangsung. Elegan ingin berkongsi rasa itu dan membawakan koleksi tersebut dan selebihnya
Koleksi feminin, edgy dan bertenaga itu menyerlahkan gaya tersendiri dibawakan dua sabahat ini. Tatkala menerima undangan, pastinya acara ini paling dinanti-nanti.
“Kami memastikan koleksi floral ini mampu dipakai semua dengan pilihan cetakan unik, material berkualiti serta potongan yang pastinya menonjolkan penampilan si pemakai. Paling penting menambah keyakinan,” ujar Yuna.
Floral berona terang pastinya mampu menambat hati sesiapa sahaja memandang. Koleksi ini dihasilkan bersaiz S hingga L di antara RM249 sehingga RM490 dan secara eksklusif boleh dibeli di www.FashionValet.com. Juga terdapat di kedai mereka di Kuala Lumpur dan Singapura.
“Koleksi ini adalah refleksi kepercayaan kami berdua dalam gaya yakni wanita mampu berseronok dan merasa lebih cantik. Wanita sememangnya masih berkuasa. Koleksi kami terdiri dari maxi skirts, bomber jackets dan lightweight chiffon tops yang terang dan warna menyerlah,” tambah Hatta pula.