Usah memandang serong bagi penggemar barangan preloved kerana gaya hidup mereka lebih bermakna.
Tiada kurangnya kamu memilih pakaian preloved dan kalau bernasib baik pakaian didapati masih belum dipakai. Paling penting kamu dapat berjimat dan setelah membeli di Carousell, kamu juga boleh menjual pakaian tidak dikehendaki kamu juga.
Seorang teman begitu mengidamkan sepatu berjenama. Katanya sandal itu sangat disukainya tetapi mahal pula. Seminggu kemudian dengan bangganya dia menunjukkan sandal idaman dibelinya.
“Bila beli? Kata mahal tak nak beli?” soal saya.
“Beli di Carousell. Lebih murah kerana tuan asalnya salah beli saiz.”
Situasi lain pula saya kagum melihat teman saya itu senang hati tiba hujung bulan. Ujarnya, jual lah pakaian atau alat solek yang tidak digunakan lagi di Carousell.
“Mudah je barang dijual. Dapatlah tampung bajet hujung bulan. Kau pun boleh mula beli dan jual, almari pun dah penuh tu,” ujarnya.
Saya hanya tersenyum cuma sehinggalah, saya temui Claire Sancelot, pengamal zero-waste lifestyle dan wanita dari Perancis itu berkongsi kisah gaya hidupnya (kamu boleh temuinya di The Hive Bulk foods, Bangsar). Dia mengamalkan cara hidup minimalis yang sangat mementingkan kesederhanaan hidup termasuk pengambilan pemakanan yang sihat.
Claire turut menunjuk cara dia berjimat cermat dan zero-waste. Pakaian dia, suami dan tiga anaknya dibeli secara preloved. Manakala pakaian tidak dimahunya dijual. Almarinya terhad dengan kelengkapan keperluan sahaja.
“Saya ada beberapa barangan preloved berjenama. Sepatu saya baiki berkali-kali kerana sangat selesa memakainya.”
Memang berbelanja mengikut kemampuan, namun berjimat juga adalah tanggungjawab besar. Kalau tidak boleh mengikut gaya hidup Claire sepenuhnya, apa salahnya memulakannya sedikit demi sedikit.
Langkah pertama boleh dilakukan dengan membuka aplikasi Carousell. Ramadan bakal menjelma semestinya kamu memerlukan baju kurung moden untuk acara berbuka puasa. Kemudian persediaan hari raya juga boleh dilakukan.
Sebagai Pembeli Preloved
Saya melihat banyak barangan berkualiti dijual. Ada yang menjual baju kurung moden rekaan Jovian RTW dan Ayda Jebat x Jakel dengan harga berpatutan. Mungkin pemiliknya mahu membeli pakaian baharu lalu dijualnya yang lama.
Kamu boleh memilih banyak lagi pilihan produk dari jenama lain yang tidak kurang hebatnya. Saya suka beberapa pilihan baju kurung moden di sini. Masih berkualiti dan terjaga dengan baik.
Hendak membeli pun mudah kerana diletak status barangan sama ada barangan terpakai atau tidak. Jadi kamu boleh memilih untuk mendapatkan barangan baharu namun dengan harga lebih berpatutan.
Sebagai Penjual Preloved
Sekiranya ada barangan yang sudah melebihi dua bulan dan hati sudah tidak ingin memakainya, jangan simpan lebih lama. Mungkin kamu tidak selesa memakainya tetapi cukup cantik ditubuh orang lain.
Menyimpan barangan lebih lama hanya satu pembaziran. Material semakin mereput dan kesudahannya kamu membuang sahaja pakaian tersebut.
Mungkin ada individu memerlukan barangan cantik kamu itu dengan harga berpatutan. Selain menambah pendapatan, wardrobe kamu juga lebih lapang. Hanya snap gambar dan jual sahaja di Carousell.
Dapatkan baju kurung moden pilihan kamu di Carousell hari ini.