Share

Koleksi menarik dibawakan dari seberang ini sangat fun dan lucu (cantik). Memang sangat serasi dengan personaliti dibawakan Schmiley Mo dan kamu yang menggemari rekaan paling santai. 

Schmiley Mo adalah jenama fesyen Indonesia yang diketuai oleh Diana Rikasari, penulis blog terkenal and usahawan dari Jakarta, Indonesia. Koleksi ini, yang sememangnya mencerminkan stail peribadi Diana, telah pun dilancarkan baru-baru ini di pentas Kuala Lumpur Fashion Wekk 2016. Dengan rona-rona lembut sebagai inspirasi, koleksi Schmiley Mo mencetus keunikan di atas pentas fesyen tersohor Malaysia.

2 unspecified

Simbol kesenyuman dan variasi makanan dan minuman mendominasi koleksi Schmiley Mo, membuatkannya lebih comel dan ‘quirky’, sesuai buat mereka yang berani dan trendy, manakala ropol dan lencana pula ditampilkan sebagai stail tersendiri Diana Rikasari. Fokus koleksi pertama Schmiley Mo ini adalah pada palet warna pastel dengan kombinasi warna garang bersama kejutan elemen yang sangat unik.

clara denim denim

Bercirikan rekaan longgar, Diana memastikan setiap koleksi bukan sahaja bersesuaian dengan setiap bentuk badan wanita, malahan senang disuai padan. Koleksi ini merangkumi seleksi jaket, baju, celana, dress dan juga skirt. Keseluruhannya, koleksi ini sungguh versatil dengan sentuhan quirky dan elemen gembira yang menyeronokkan.

pat rack

Satu-satunya jenama Indonesia yang ditampilkan di acara fesyen terunggul Malayisa, Schmiley Mo merupakan jenama yang bukan calangnya. Koleksi ini didatangkan dengan variasi saiz di antara XS – XXL dengan harga bermula dari RM99 hingga ke RM219.